AHMAD RAZIF ABDUL RAHMAN |
KUALA TERENGGANU 5 Jun -
Usaha ke arah pembinaan jalan menghubungkan pantai Pasir Panjang yang menjadi
lokasi tumpuan pelancongan seluruh dunia dengan perkampungan penduduk di Pulau
Redang akan dipercepatkan.
Menteri Besar, Datuk Seri
Ahmad Razif Abdul Rahman menyedari soal itu perlu diberi penekanan kerana
pelancong umumnya tertumpu di kawasan-kawasan pantai dan penempatan penduduk
setempat pula bagaikan terasing.
“Keadaan itu dilihat
sebagai satu kerugian kerana manfaat daripada industri pelancongan untuk
menjana dan mempelbagaikan kegiatan ekonomi penduduk setempat belum meluas,”
ujarnya.
Beliau berkata demikian
dalam Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk di Masjid Kampung Baru, Pulau
Redang, petang semalam sempena lawatan kerja.
Yang turut hadir,
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail; Ahli Parlimen Setiu,
Che Mohamad Zulkifly Jusoh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan
Abd. Rahman.
Cadangan pembinaan jalan
yang dianggarkan sepanjang lebih 3 kilometer mula dicetuskan oleh pihak
kerajaan tiga tahun lalu bagi memudahkan pelancongan melawat perkampungan.
Ini seiring dengan
cadangan agar perkampungan dijadikan aset pelancongan dengan penduduknya
dibimbing agar mesra pelancong di samping menawarkan pelbagai produk-produk
unik dan menarik.
Ini termasuk penyediaan
makanan tradisional dan cenderamata, perkhidmatan inap desa manakala
persekitaran sentiasa dipantau dari segi kebersihan dan keindahan.
Sehubungan itu juga Ahmad
Razif berkata, kerajaan negeri bercadang mewujudkan pasar malam khusus di pulau
itu dengan penglibatan penduduk setempat agar mereka mendapat pengalaman.
“Mereka yang berminat
untuk menceburi perniagaan ini akan diminta menghadiri kursus asas perniagaan
di bawah seliaan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu,” katanya.
Menteri Besar yakin usaha
itu pasti dapat menarik minat pengunjung pelbagai resort di Pasir Panjang ke
kawasan-kawasan perkampungan yang akan turut menghidupkan suasana malam.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.