Monday, 20 April 2026

Festival Sungai Melaka 2026 Berlansung 4 Bulan, Gegarkan Utara, Melaka Tengah & Jasin

 

Festival Sungai Melaka (FSM) 2026 tampil dengan konsep luar biasa apabila berlangsung selama 4 bulan penuh dengan pelbagai acara menarik yang bakal menghidupkan suasana pelancongan negeri. Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) membawakan penganjuran berskala besar yang menyatukan tiga daerah utama dalam satu festival mega. 

Antara yang bakal mencuri tumpuan di Daerah Melaka Tengah adalah Kejohanan Golf Terbuka Piala PPSPM sebagai acara pembuka tirai. Utara Melaka, Pertandingan Perahu Berhias di Sungai Linggi dijangka menjadi pentas kreativiti unik masyarakat yang memikat perhatian pengunjung. 

Tidak ketinggalan, kemeriahan turut dirasai di selatan Melaka apabila Tasik Chinchin (TCC) diangkat sebagai lokasi tumpuan baharu dengan pelbagai aktiviti komuniti dan rekreasi. 

Dari utara ke tengah hingga ke selatan Melaka, PPSPM komited menjadikan FSM2026 sebagai pemangkin pelancongan air yang lebih meriah dan berimpak. 

-Melaka Hari Ini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.