3 September 2021 -
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyambut baik pengumuman oleh
YAB Perdana Menteri berkaitan pembukaan sektor pelancongan di beberapa
destinasi di bawah program travel bubble berdasarkan syarat-syarat yang
ditetapkan. Sebagai permulaan, Pulau Langkawi telah dipilih sebagai projek
rintis untuk dibuka kembali kepada pelancong tempatan bermula 16 September
2021, manakala destinasi pelancongan yang lain akan dibenarkan beroperasi
apabila kadar vaksinasi lokaliti mencapai 80% imuniti kelompok.
YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri
Pelancongan, Seni dan Budaya berkata, pengumuman ini merupakan satu berita
gembira buat Keluarga Malaysia serta dapat memberikan kelegaan dan sinar buat
penggiat industri pelancongan yang yang telah lama terjejas susulan penutupan
keseluruhan rantaian sektor pelancongan akibat penularan pandemik COVID-19
sejak beberapa bulan yang lalu.
Pelan Pemulihan Pelancongan (PPP) yang
digariskan oleh MOTAC pada awal tahun ini merangkumi tiga fasa pelaksanaan bagi
memulihkan semula sektor pelancongan negara secara berperingkat. Inisiatif
berkenaan merupakan salah satu usaha berterusan Kementerian dalam mengembalikan
keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan di sesuatu destinasi
pelancongan. Ia juga bagi memastikan sektor pelancongan negara mampu menjana
semula pendapatan secara berterusan kepada negara selepas sektor ini dapat dibuka
secara berperingkat selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan
oleh kerajaan pada Jun lalu.
Dalam pada itu, MOTAC juga telah menyediakan SOP
khusus bagi tujuan projek rintis pelancongan di Langkawi dan ianya sedang
diteliti oleh pihak MKN. Pembukaan semula sektor pelancongan Langkawi ini akan
membenarkan aktiviti-aktiviti utama yang menjadi tarikan pengunjung bakal
diumumkan secara lebih terperinci tertakluk kepada perubahan semasa. Antaranya
ialah:
- Penginapan di hotel dan homestay termasuk
semua fasiliti dalam premis hotel dan homestay, Bussines Events
(MICE) serta acara-acara pelancongan dan kebudayaan;
- Produk tarikan utama pelancong seperti
aktiviti pantai, sukan air, snorkeling, selam skuba, pelancongan
memancing, pusat edutainment, taman rekreasi, extreme/ adventure/ nature
parks, farms, akuarium, zoo dan lain-lain kegiatan riadah, rekreasi serta
sosial;
- Aktiviti Pelancongan Minat Khas (golfing,
scuba diving, cycling, angling, yachting dan sebagainya);
- Aktiviti Eko Geo-Kembara (bird watching,
caving, mountain climbing, white-water rafting, hiking, jungle trekking,
camping dan sebagainya);
- Premis hasil seni, budaya dan warisan seperti
muzium, perpustakaan, galeri seni, pusat/kampung seni warisan budaya,
pementasan persembahan budaya dan lain- lain;
- Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga; dan
- Lawatan bersifat akademik seperti Geopark
Discovery Center, Balai Seni, Laman Padi.
Pada masa yang sama, pihak MOTAC juga sedang
menyediakan pakej pelancongan yang lebih menarik buat seluruh Keluarga Malaysia
sebagai menghargai sokongan dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan
domestik apabila kebenaran diberikan kelak.
Hasil perkembangan Projek Rintis Gelembung
Pelancongan Domestik serta pematuhan terhadap SOP norma baharu di Langkawi akan
dijadikan kayu ukur sebagai persediaan rapi bagi pembukaan pulau-pulau
peranginan yang lain secara berperingkat umpamanya Pulau Redang, Pulau Kapas,
Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Pulau Rawa, Pulau Perhentian, Pulau Sipadan
seterusnya dikembangkan ke destinasi-destinasi pelancongan utama yang lain
seperti Bukit Fraser, Desaru, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan sebagainya.
MOTAC akan sentiasa membuat pemantauan dan
mengadakan beberapa lagi sesi libat urus dengan para penggiat industri
pelancongan serta stakeholders yang berkaitan bagi meluaskan gelembung
pelancongan ini secara berfasa selepas ini.
Sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang prihatin,
MOTAC ingin menyeru agar patuhilah segala SOP yang telah ditetapkan oleh pihak
kerajaan terutama berkaitan kebenaran pelancongan yang akan dibenarkan tidak
lama lagi agar kita sama-sama dapat memutuskan rantaian penularan pandemik
COVID-19 serta dapat membantu ke arah pemulihan keseluruhan rantaian ekonomi
negara.
-MOTAC.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.