PUTRAJAYA, 15 September 2021
– Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism
Malaysia) mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ Hj. Zainuddin Abdul Wahab sebagai
Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang baharu berkuat kuasa 13 September 2021.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Dato’ Sri
Hajah Nancy Shukri telah bersetuju melantik Dato’ Zainuddin secara rasmi bagi
menggantikan Encik Zulkifly Md Said yang bersara wajib pada 13 September 2021.
Dato’ Zainuddin sebelum ini merupakan Pengarah Kanan Pengurusan Tourism
Malaysia yang juga menanggung tugas Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan).
Beliau yang telah berkhidmat selama 37 tahun dalam perkhidmatan
awam, pernah menggalas jawatan Ketua Pengarah Islamic Tourism Centre (ITC)
sebelum dilantik sebagai Pengarah Bahagian Produksi dan Pengarah Kanan Bahagian
Perancangan Strategik di Tourism Malaysia.
Dengan pelantikan tersebut, beliau akan terus membantu
usaha-usaha pemulihan industri yang terkesan dengan pandemik COVID-19 sekali
gus memacu perubahan ke arah digitalisasi pelancongan bagi merealisasikan Dasar
Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030.
-Tourism Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.