KEINDAHAN pemandangan pantai di Pulau
Tinggi.
|
MERSING 9 Ogos - Pulau Tinggi merupakan satu lagi
‘permata alam’ daripada gugusan kepulauan yang kaya dengan alam semulajadi dan
tidak dapat diungkap dengan kata-kata selain menarik kedatangan pelancong dari
dalam dan luar negara.
Keindahan yang terdapat di Pulau Tinggi tidak
terucap dan tidak hairanlan kedatangan pelancong dari luar negara paling ramai
suka berkunjung ke sini kerana menikmati panorama suasana kedamaian jauh dari
kesibukan kota.
Bagi anda yang inginkan percutian menyeronokkan
untuk keluarga dan kenalan, mengapa tidak memilih Pulau Tinggi sebagai
destinasi yang menjanjikan pengalaman baharu, mendamaikan dan memuaskan hati.
Pulau Tinggi merupakan satu daripada enam kumpulan
gugusan pulau di bawah Taman Laut Sultan Iskandar (TLSI) di daerah ini selain
Pulau Rawa, Pulau Aur, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan Pulau Besar yang kaya
dengan khazanah flora serta faunanya.
Pulau-pulau ini mendapat jolokan 'permata laut
Johor' kerana banyak kemudahan dan keunikannya. Begitu juga menjadi pilihan
pelancong dalam dan luar negara untuk bercuti.
Pulau Tinggi yang mengambil masa kira-kira satu jam
menaiki bot dari Terminal Feri Tanjung Leman pastinya akan menggamit mata yang
memandang ekoran deruan angin dan hempasan ombaknya mengharungi Laut China
Selatan.
Malah, dunia alam marinnya kaya dengan pelbagai
spesies hidupan laut dengan kejernihan air laut sudah tentu menjadikan
percutian ke destinasi kepulauan ini tidak pernah mengecewakan.
Uniknya kepulauan ini kerana keistimewanya iaitu
terdapat gua, lapan pulau kecil berdekatan dan gunung. Airnya sangat jernih,
firus di kelilingnya dan boleh melihat pelbagai spesis ikan dan batu karang
dengan pasirnya putih bak mutiara.
Terdapat beberapa jeti di Pulau Tinggi yang cukup
terkenal antaranya Jeti Maksu, Jeti Pak Bakar dan Jeti Tok Mok yang setiap
satunya mempunyai keistimewaan tersendiri dan berbeza satu sama lain.
Ketiga-tiga jeti itu menawarkan tempat penginapan
selain pelbagai aktiviti menarik dan mencabar untuk diterokai para pengunjung.
Sebagai contoh di Jeti Maksu, terdapat air terjun
yang cantik dengan keindahan
alam semula jadi yang asli termasuk pantai, batu
karang dan keindahan hutan.
Di samping itu, pengunjung boleh memancing,
snorkeling, merentas hutan, mandi di air terjun manakala pada waktu malam boleh
melihat penyu bertelur sambil menikmati hidangan barbeku di tepi pantai.
Selain itu, pelancong boleh dibawa untuk aktiviti
snorkeling di Pulau Lima, Pulau Mentigi dan Pulau Kukus yang terletak
berhampiran serta kaya pelbagai spesies hidupan marin.
Di jeti lain pula boleh melakukan aktiviti yang
sama selain berkayak, memancing dan terdapat kawasan pantai peribadi serta
aktiviti pengunjung akan ditemani pemandu pelancong.
Ketiga-tiga jeti berkenaan mempunyai semua kemudahan
antaranya tempat penginapan seperti resort dah chalet yng dikelilingi kehijauan
tropik mengikut pakej bersesuaian.
Terdapat bilik dengan beranda peribadi, dilengkapi
alat penyaman udara, televisyen, cerek elektrik. peti sejuk kecil, kemudahan
pancuran mandian peribadi dan bidet tangan.
Pengunjung juga tidak akan terputus hubungan dengan
dunia luar kerana terdapat kemudahan internet di pulau berkenaan.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.