KUALA LUMPUR 14 Ogos - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya akan menukar gambar orang utan pada logo Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020 dengan imej lain.
Menterinya, Mohamaddin Ketapi berkata, gambar Menara Berkembar Petronas pula akan ditonjolkan dengan lebih jelas dalam logo baharu nanti.
“Kita ubah suai satu dua, tak buang semua. Mungkin orang utan itu kita hilangkan dan tambah dengan yang lain serta terangkan lagi gambar Menara Berkembar Petronas.
“Kita ubah suai logo sedia ada, gambar orang utan yang pakai kaca mata itu kita tukar. Ramai yang kritik dan menyatakan tak cantik. Saya tengok pun logo itu tak cantik,” katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, hari ini.
Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Pelancaran Persekutuan Perpustakaan dan Institusi Antarabangsa (IFLA) Kongres Perpustakaan dan Maklumat Dunia (WLIC) 2018.
Dalam perkembangan lain, Mohamaddin memberitau, kemasukan pelancong dari China meningkat sebanyak 37 peratus manakala 12 peratus dari India bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.
Katanya, bilangan pelancong dari dua negara itu terus meningkat selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Statistik selepas pilihan raya belum ada tapi jumlahnya terus meningkat. Tiada kesan penurunan apabila peralihan kerajaan baharu,” katanya.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu membatalkan beberapa projek infrastruktur yang ditandatangani bersama China dalam usaha keluar daripada belenggu hutang.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.