Aksi pengunjong berdiri
dalam keadaan senget di hadapan rumah senget
di Kampung Changkat Setol,
Changlun, Kedah.
|
TARIKAN
rumah senget berkembar, terbalik dan hobbit menggamit kedatangan penulis ke
MnM Home Whimsical Houses walaupun perlu menempuh perjalanan dari bandar Alor
Setar ke Kampung Changkat Setol, Changlun yang mengambil masa hampir 45 minit.
Menyusuri
jalan kampung yang kecil hampir satu kilometer sambil disajikan panorama
deretan rumah, ladang getah dan dusun buah-buahan adakala menimbulkan keraguan
tentang kewujudan rumah-rumah unik dan pelik yang pernah menjadi tular pada
tahun lalu di kawasan berkenaan.
Ternyata
sebaik tiba di kawasan MnM Home Whimsical Houses, binaan rumah senget berkembar
berwarna jingga dan ungu pasti menarik perhatian sesiapa sahaja yang
mengunjunginya.
Rumah
senget berkembar merupakan tarikan utama di MnM Home Whimsical Houses kerana
bangunan dua tingkat yang diinspirasikan daripada sebuah kafe terkemuka di
Korea Selatan itu dikatakan adalah yang pertama dibina di negara ini.
Selain
itu, rumah hobbit juga antara tarikan di MnM Home Whimsical Houses yang
diinspirasikan daripada filem Hollywood, The Lord of the Ring.
Rumah ini
dihiasi perabot khas bagi menyesuaikan binaan yang berketinggian hanya satu
meter.
Sudah
tentu tidak lengkap galeri aneh dan pelik tanpa binaan rumah terbalik di MnM
Home Whimsical Houses yang sememangnya menjadi tarikan kepada penggemar
berswafoto dari dalam dan luar negara.
Ditanya
mengenai idea mewujudkan MnM Home Whimsical Houses, pemiliknya, Dr. Mahamad
Tayib berkata, dia terlebih dahulu mengusahakan inap desa untuk memanfaatkan
kawasan seluas 0.8 hektar itu sebelum membina rumah-rumah aneh berkenaan.
“Pada
hujung tahun 2015, saya membina rumah untuk dijadikan inap desa. Disebabkan
pelanggan inap desa hanya bermusim, maka saya merancang mengadakan aktiviti
lain bagi mewujudkan produk pelancongan baharu di kawasan Kubang Pasu,
khususnya Changlun.
“Balik
dari Sabah, saya mendapat idea untuk membina rumah terbalik di utara
Semenanjung.Bagaimanapun untuk mencari kelainan, saya telah meminta anak-anak
mencari binaan rumah lain yang mungkin boleh dijadikan tarikan di MnM Home
Whimsical Houses,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini
baru-baru ini.
Menurut
Mahamad, pembinaan tiga rumah yang menjadi tarikan utama di MnM Home Whimsical
Houses bermula pada awal 2016 dengan kos pembangunan keseluruhan kawasan tersebut
mencecah hampir RM1 juta.
“Ternyata
usaha untuk merealisasikan pembinaan rumah senget berkembar, hobbit dan
terbalik bukan mudah. Pelbagai cabaran yang perlu dihadapi, antaranya rumah
hobbit yang baru siap dibina telah dilanda banjir disebabkan mata air bawah
tanah.
“Malah
pembinaan rumah senget berkembar dan terbalik mengambil masa yang panjang
untuk disiapkan. Namun untuk mencapai sasaran pembukaan pada 1 Mei tahun lalu,
kami sekeluarga berusaha keras termasuk menyiapkan sendiri lukisan-lukisan mural
dan kerja-kerja mengecat bagi menceriakan kawasan MnM Home Whimsical Houses
ini,” ujar bapa kepada sembilan anak itu.
Mahamad
memberitahu, pihaknya dari semasa ke semasa menambah tarikan di MnM Home
Whimsical Houses bagi memberi kepuasan kepada pengunjungnya, di samping mahu
memberi menghidupkan suasana santai sambil menikmati pemandangan kampung yang
mendamaikan.
“Di sini
ada rumah Red Indian yang siap dibina Disember lalu, selain dua rumah permainan
unik untuk tetamu cilik, rumah pokok dan rumah kelulut.
“Di
sekeliling kawasan ini juga terdapat pokok buah-buahan seperti limau bali,
mata kucing dan rambutan yang boleh dinikmati pengunjung. Bagi menarik minat
tetamu cilik, kami mengadakan petting zoo yang menempatkan rusa, arnab, ayam
belanda, angsa, itik dan kambing,” katanya.
Bagi
membolehkan pengunjung menerokai kawasan MnM Home Whimsical Houses dalam keadaan
santai tanpa had waktu, kata Mahamad, pihaknya menerima kedatangan tetamu
berdasarkan tempahan pada Isnin hingga Rabu.
“Setiap
Khamis, tempat ini akan ditutup, manakala Jumaat hingga Ahad pula pengunjung
boleh datang secara walk in dari pukul 10 pagi hingga 5 petang,” ujar bekas
pensyarah perakaunan itu.
Bagi
mereka yang berminat untuk berkunjung ke MnM Home Whimsical Houses boleh
menghubungi talian 019-4488197 atau 019–4111195, selain berkunjung ke laman
Facebook: MnM Home Whimsical Houses mahupun Instagram: mnmhome_goods.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.