Freeport A’Famosa Outlet (FAO) secara rasmi membuka pintunya kepada orang ramai untuk merasai keunikan pengalaman membeli belah sambil bersantai pada 5 Disember lalu. Berkonsepkan pusat membeli belah secara terbuka, pastinya menjanjikan pengalaman mengujakan kepada pengunjung kerana selain membeli belah di lebih 100 kedai barangan berjenama, FAO pasti menggamit hati dengan konsep seni bina bertemakan warisan Belanda yang juga merupakan sebahagian daripada sejarah silam Melaka.
Dengan keluasan 180,000 kaki persegi FAO dilengkapi dengan sebuah tasik buatan, air pancut, karusel dan kincir angin. Reka bentuknya adalah hasil ilham firma arkitek terkemuka dari Australia, LGM Architecture. Reka bentuknya adalah mengikut standard antarabangsa dan bercita rasa tinggi.
Fasa satu melibatkan kawasan seluas 180,000 kaki persegi dengan lebih 100 unit kedai dan apabila fasa kedua siap sepenuhnya tahun hadapan diikuti dengan pembangunan fasa ketiga, keluasannya keseluruhan adalah 310,000 kaki persegi.
Ia menyediakan lebih 1,5000 tempat letak kereta percuma untuk memudahkan pengunjung dan keselesaan mereka membeli belah.
Terletak berhampiran Plaza Tol Alor Gajah di Lebuh Raya Utara Selatan – menjadikan FAO mudah untuk dikunjungi oleh orang ramai termasuk mereka yang tinggal di lembah Klang, Melaka dan bandar-bandar berhampiran – ditambah dengan 15 juta pelancong yang melawat Melaka setiap tahun, FAO tentunya bakal menjadi satu lagi destinasi pelancongan popular di Melaka.
FAO menawarkan pelbagai pilihan kepada pengunjung. Daripada barangan fesyen berjenama, pakaian kanak-kanak, barangan sukan, kasut, beg dan luggage, optical dan aksesories, F&B, kecantikan sehinggalah kepada barangan wangian.
Antara jenama fesyen unggul yang terdapat di sini adalah Cotton On, Melinda Looi, U.S Polo, Esprit, Luv Lux, Young Hearts, Triump, Local Celebrities, Vero Moda, Chai Fashion Outlet, G2000, Forever 21, Levi’s, Playboy. OMLY, Sacoor Brothers, Camel Active.
Sementara itu beberapa jenama baru akan dibuka pada minggu-minggu akan datang di mana fasa dua akan menawarkan 40 buah lagi kedai dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun hadapan.
Antara koleksi pilihan bagi kanak-kanak termasuklah jenama Poney. Sementara untuk barangan sukan, pengunjung boleh membuat pilihan antaranya Nike, Brooks dan Rip Curl.
Untuk bag, kasut dan luggage antara jenama yang ditawarkan oleh peruncit terpilih termasuklah Wonder Rococo, Skechers, Hyper Gear, Florsheim, Hush Puppies, Daphine, Toy, Stay Fit, Li-Ning, Geox, Elle, Crocks, Naquiekww, Mood Board dan clarks.
Menurut Pengarah Komersial Peruncitan Freeport, Chris Milliken, FAO dibuka berikutan kejayaan dan sambutan yang diberikan oleh pelanggan di dua outlets, masing-masing di Johor Bahru dan KLIA di mana konsep ini semakin diminati oleh rakyat Malaysia.
FAO merupakan satu usaha kerjasama antara Freeport Retail Ltd yang berpangkalan di Pall Mall, St. James, London. United Kingdom dengan Langkah Reality Sdn. Bhd, pemilik A’Famosa Resort Hotels yang terletak bersebelahan dengan FAO.
Mengulas mengenai pembukaan FAO, Milliken mengalu-alukan kedatangan pengunjung dan beliau yakin pengunjung akan merasai satu pengalaman menyeronokkan di mana terdapat sesuatu untuk semua orang sama ada mereka yang tinggal berdekatan atau pelancong yang berkunjung ke Melaka dan A’Famosa Resort.
Tambah beliau, konsep ini semakin diterima dan menjanjikan pengalaman menyeronokkan seisi keluarga. Reka bentuknya bukan sahaja berbeza dengan pusat membeli belah yang bertutup sepenuhnya tetapi juga pihaknya turut menambah elemen-eleman sebagai tarikan sama ada untuk anak-anak muda mahu pun golongan berusia. Sehingga akhir tahun ini dan sudah tentunya sambutan Tahun Baharu Cina pada tahun hadapan, pihaknya merancang beberapa program dan aktiviti hebat bagi melengkapkan tawaran hebat untuk membeli belah selain pertunjukan bunga api pada setiap malam.
Ketika ini terdapat lebih daripada 300 cawangan FAO di seluruh dunia terutama di Amerika Syarikat dan Eropah dan di Asia ia semakin menunjukkan pertumbuhan pesat. Freeport merupakan salah satu daripada perintis outlet di Eropah di mana konsep ini dibawa masuk dari Amerika Syarikat. Outlet pertama dibuka pada 1994 dan sejak itu sebanyak 12 outlet sama ada diuruskan oleh pemaju tunggal dan pihak pelabur atau kerjasama dengan pihak ketiga. Freeport telah membuka 5 outlet di UK dan beberapa buah lagi di Portugal, Sweden, Itali, Republik Czech dan Slovakia dan ketika ini sedang membangunkan sebuah outlet lagi di Lyon, Perancis.
Freeport A’Famosa Outlet merupakan projek pertama syarikat tersebut di Asia Tenggara dan pihak syarikat berhasrat untuk mengembangkan lagi sayap mereka di rantau ini. Mereka telah mengenalpasti rakan kongsi di Manila, Filipina di mana kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada tahun hadapan dan pihak syarikat juga sedang membuat perancangan untuk mengembangkan sayap di Jakarta, Indonesia dan Macau.
FAO pastinya menambahkan satu lagi daya tarikan di A’Famosa Resort Hotel yang selama ini begitu terkenal dengan keindahan bukit bukau dan permandangan hijau yang dilengkapi dengan sebuah padang golf bertaraf antarabangsa yang direka arkitek padang golf tersohor dari Australia, Ross C. Watson. Selain golf,
A’Famosa Resort juga dikenali dengan keunikan taman tema airnya, Safari Wonderland, Cowboy Town, Resort Hotel, Condotel dan hari ini ia menjadi antara mercu tanda pelancongan utama di Malaysia.
-utusan online.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.