Wednesday, 30 January 2013

'KK City Day Sunset Sea Parade' Sempena Ulangtahun Ke-13 Bandaraya Kota Kinabalu


KOTA KINABALU: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan acara ‘KK City Day Sunset Sea Parade’ yang diadakan buat julung-julung kalinya sempena Ulang Tahun Ke-13 Bandaraya Kota Kinabalu pada 2 Februari 2013 bermula pukul 3.00 petang hingga 9.00 malam di Jesselton Point, Kota Kinabalu.
 
Antara acara menarik yang akan diadakan adalah pertunjukan 14 kapal laut dan 7 bot marin yang akan bersauh di hadapan marina Jesselton Point untuk tatapan pengunjung. Antara agensi yang turut serta dalam acara ini ialah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kota Kinabalu, Jabatan Laut Malaysia Wilayah Sabah, Pasukan Polis Marin Sabah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia Cawangan Sabah, Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Wilayah Labuan, Sutera Harbour Resort, Taman-Taman Sabah dan sebagainya.
 
Orang ramai turut dijemput hadir bagi menyaksikan demonstrasi maritim yang akan diadakan pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang, sebelum Majlis Perasmian pada pukul 5.00 petang. Berlatarbelakangkan pemandangan matahari terbenam di Laut China Selatan, orang awam turut berpeluang untuk menikmati kemerduan persembahan brass band, keunikan persembahan kebudayaan etnik Sabah, pameran serta pertunjukan ‘strip lights’, ‘foghorn’ dan ‘rocket flares’ yang akan menyaksikan semua kapal dan bot memasang lampu secara serentak pada pukul 6.15 petang dan membunyikan hon kapal secara serentak pada pukul 7.15 malam.
-Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.