Sunday 5 September 2010

Pelancong asing turut bayar zakat fitrah

LANGKAWI 5 Sept. - Kesempatan melancong di Langkawi digunakan oleh beberapa pelancong asing yang beragama Islam untuk menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah sempena bulan Ramadan ini. Imam Masjid Al-Hana, Kuah, Abdul Manap Sharip berkata, ramai pelancong terutama dari Perancis dan Arab membayar zakat fitrah sebanyak RM7 seorang menerusi amil yang dilantik di masjid berkenaan.

Beliau berkata, mereka mengambil peluang membayar zakat fitrah di Langkawi di samping melancong di pulau peranginan ini. "Kita bersyukur kerana pelancong asing beragama Islam turut menunai tanggungjawab sebagai seorang Islam membayar zakat fitrah seperti yang ditetapkan kerajaan,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan di Masjid Al-Qadim Kampung Kuah di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.