Friday 14 October 2022

Miss SHOPhia Go Travel @ Paradigm Mall, Johor Bahru ( 21 ~ 23 Oktober 2022 )


Ingin menyelam ke dasar laut, meneroka alam semula jadi atau beriang ria di taman tema? Jom ke Miss SHOPhia Go Travel 2022 di Paradigm Mall, Johor Bahru mulai 21 hingga 23 Oktober 2022.

Rebut pelbagai pakej pelancongan minat khas seperti taman tema, selam skuba, inap desa, arkeologi, spa dan macam-macam lagi.

Bukan itu sahaja, saksikan pelbagai persembahan tarian traditional yang menarik dan aktiviti seperti spin & win, permainan tradisional, persembahan badut, sesi mewarna kanak-kanak dan peluang memenangi hadiah menarik semasa sesi kuiz pelancongan.

Pameran ini turut akan dimeriahkan dengan demonstrasi masakan oleh Chef Selebriti, Chef Liza dan penampilan khas influencers media sosial, Jaslin Puasa dan Shahzejoy.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom Cuti-Cuti Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari Malaysia Truly Asia - The Official Tourism Website of Malaysia atau ikuti Miss SHOPhia (@miss_shophia) • Instagram photos and videos 

Pameran pelancongan Miss SHOPhia Go Travel 2022 ini dibawakan oleh Tourism Malaysia.

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.