Sunday, 9 October 2022

Malaysia sasar 15 juta pelancong pada 2023 - Bajet 2023

 


PETALING JAYA:  Kerajaan menyasarkan ketibaan pelancong asing lebih daripada 15 juta pelancong dengan nilai pendapatan RM47.6 bilion pada tahun hadapan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, bagi memperkukuh pemulihan sektor pelancongan, RM200 juta disediakan untuk galakan, promosi dan pemasaran.

“Kerajaan akan menumpukan kepada pelancong bernilai tinggi daripada segmen pasaran khusus atau ‘niche market segment’ seperti ekopelancongan, sukan golf dan skuba serta konvensyen antarabangsa.

“Sebanyak RM90 juta disediakan dalam bentuk geran sepadan untuk program seperti Geran Padanan Galakan Melancong (Gamelan) yang melibatkan kempen promosi dan pemasaran bersama industri.

“Geran sepadan juga disediakan untuk insentif penganjuran program pelancongan termasuk acara sukan antarabangsa,” katanya.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.