Thursday 6 October 2022

Jom Booth MOTAC @ Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia – Negeri Sembilan ( 7 ~ 9 Oktober 2022 )

 


JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA – NEGERI SEMBILAN

Tarikh: 7-9 Oktober 2022

Masa: 9.00 pagi – 6.00 petang

Tempat: Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan

MOTAC akan turut serta dalam siri jelajah kali ini. Bahagian Domestik & Acara akan menyelaras aktiviti-aktiviti di Booth MOTAC. Penyertaan dari agensi-agensi, perkhidmatan yang disediakan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut:-

Penyertaan Jabatan & Agensi:

1) Jabatan Muzium Malaysia

2) MOTAC (BPPP & MOTAC Negeri Sembilan)

3) Tourism Malaysia 

4) Arkib Negara Malaysia 

5) Kraftangan Malaysia (Negeri Sembilan)

6) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

7) Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri (JKKN Negeri Sembilan)

8) Jabatan Warisan Negara Zon Selatan

9) Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN)

Perkhidmatan di Booth MOTAC:

1) Hebahan fungsi dan peranan Jabatan Muzium Malaysia, Kempen Derma Koleksi, Peranan IPIM

2) Khidmat nasihat berkenaan agensi pelancongan, pemandu pelancong dan kemudahan homestay (inap desa) 

3) Promosi Pakej Cuti Penjawat Awam & Pesara Kerajaan serta pakej-pakej pelancongan di platform malaysia.travel serta informasi produk-produk pelancongan

4) Info mengenai Arkib Negara Malaysia 

5) Pameran dan mempromosikan produk-produk batik

6) Merasai pengalaman jelajah tanpa sempadan melalui perkhidmatan Virtual Reality (VR)

7) Perkongsian maklumat dan pameran buku koleksi Jabatan Jabatan Warisan Negara

8)  Perkongsian maklumat dan produk LPSVN

Aktiviti sepanjang JAKM Negeri Sembilan:

1) Spin The Wheel 

2) Kuiz pelancongan dan kebudayaan oleh Tourism Malaysia & agensi-agensi MOTAC dengan menawarkan pelbagai hadiah

3) Persembahan tarian kebudayaan, nyanyian, pemakaian sampin/busana Negeri Sembilan oleh penari-penari JKKN

4) Demonstrasi & aktiviti menganyam rotan oleh Kraftangan Malaysia

5) Demonstrasi seni interaktif oleh LPSVN

6) Aktiviti-aktiviti permainan tradisional seperti lompat getah, tuju tin dan capteh (sepak bulu ayam) 

-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.