Thursday, 13 December 2018

Estate Run 2.0 2019 @ Yan, Kedah ( 26 January 2019 )


Dimaklumkan bahawa Tourism Malaysia Kedah dan dengan kerjasama Majlis Daerah Yan akan menganjurkan program ’ESTATE RUN 2.0 2019’ pada 26hb Januari 2019 bertempat di Yan, Kedah.

Untuk makluman, tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan mengamalkan cara hidup sihat dengan bersukan di kalangan warga Malaysia khususnya para remaja melalui aktiviti larian dan dalam masa yang sama meningkatkan kesedaran dalam menjaga khazanah alam semulajadi.

Penganjuran Program Estate Run 2.0 2019’  ini adalah kesinambungan dari program Estate Run 2018 yang telah diadakan pada 3 Februari 2018 di D’Belimbing Homestay, Kuala Nerang yang telah mendapat sambutan yang sangat baik dan ini juga merupakan salah satu usaha Tourism Malaysia dalam meningkatkan pergerakan pelancong domestik secara terancang dengan melancong melalui pakej-pakej yang dibangunkan oleh agensi pelancongan tempatan terutamanya yang berasaskan ‘adventure & nature’ kepada penduduk tempatan.

Tourism Malaysia Kedah berbesar hati menjemput semua untuk menyertai program larian ini yang telah ditetapkan pada 26 Januari 2019 (Sabtu), bertempat di SJK (C) Pei Eng, Yan, Kedah. Untuk makluman, wang tunai berjumlah RM500 telah disediakan sebagai hadiah kepada organisasi yang menghantar penyertaan terbanyak untuk program kali ini.

Pendaftaran peserta boleh dibuat melalui https://event.howei.com/event/estate-run-asia-2019.
-Tourism Malaysia Kedah office.

1 comment:

  1. Are you a first time traveler to the island city of Malaysia? How to plan ahead and pack stuffs that helps you prepare well to follow the sublime beauty of the century old wonderful country where mystical culture, culture driven people, lavish food, business venues, entertain hub like Genting Highland, Langkawi & Penang are the most loveliest tourist places for all type travelers. Check out GMTC Tours & Travel for detail info.

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.