Wednesday, 20 September 2017

Avillion Bukit Tinggi dibuka menjelang 2020

Pengarah Urusan Pembangunan Unik Tanglir Hospitality, Datuk Ang Hock Chai (kiri); Pengarah Urusan Tanglir Hospitality, Choo Yoke Cheong (dua dari kiri), Samsudin Hitam (dua dari kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan Hotel Avillion, See Ah Sing (kanan) bersalaman selepas pertukaran dokumen di Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA 20 Sept. - Avillion Hotel Group Sdn. Bhd. hari ini mencapai persefahaman dengan Tanglir Hospitality Sdn. Bhd. untuk membuka dan menguruskan resort baharu di Bukit Tinggi yang merupakan destinasi popular pelancong di negara ini.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Hitam berkata, perjanjian itu menyaksikan Kumpulan Avillion Hotel menguruskan prapembukaan dan operasi Avillion Bukit Tinggi menjelang 2020.

“Avillion yakin tambahan aset hartanah ini berpotensi menarik pengunjung dalam dan luar negara. Lokasi Bukit Tinggi berdekatan dengan taman tema baharu yang akan dibuka dua tahun lagi.


“Kawasan ini dijangka menjadi destinasi tumpuan pelancong. Kumpulan Avillion Hotel teruja untuk menjadi sebahagian daripada perkembangan pelancongan di Bukit Tinggi,” katanya dalam satu kenyataan selepas majlis tersebut.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.