Tuesday, 3 November 2015

Teater Muzikal Mak Cun @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 14 ~ 22 November 2015 )


Mok Cun semakin bersemangat untuk memasarkan bedak sejuknya ke persada dunia. Mok Cun mula menyedari bahawa pengalamannya sebelum ini ke Spain dan Bangkok mengajarnya bahawa pentingnya bahasa Inggeris. Lalu Mok Cun memaksa Pak Akob untuk membuka kelas bahasa Inggeris kepada semua orang kampung yang mahu menjadi usahawan, namun tidak semudah yang disangkakan.
Satu hari, kampung Kokdiang gempar dengan kepulangan Aton bersama kekasih barunya Justin, seorang lelaki mat saleh. Mok Cun terkejut Aton bawak balik lelaki mat saleh nak kenalkan pada Mok Cun untuk jadi menantu. Orang kampung mengutuk Mok Cun belajar bahasa Inggeris kononnya kerana nak bercakap dengan bakal menantu mat salehnya itu.
Seorang pegawai MARA, Encik Haidar turun ke kampung Kokdiang bersama Meor pegawai pemasaran MARA. Mereka mendapat tahu bahawa kampung Kokdiang ini ipenuhi dengan peniaga-peniaga yang mampu di bantu untuk menjadi usahawan desa yang berjaya. Mereka cuba memberi motivasi kepada penduduk kampung itu. Haidar digelar ‘abang sado’ dan menjadi kegilaan anak-anak muda dikampung itu terutamanya Manisah kerana ‘ke-sado-annya’. Manisah terus mengubah selera kepada anak ikan pula. Berebut-rebutlah Manisah dengan beberapa orang kampung disitu untuk menambat hati abang sado itu termasuklah Atul.
Hmmmmm...bertambah kecohlah suasana kampung dengan konflik-konflik ini...
Mungkinkah mak cun akan menerima Justin?
Dan siapakah pilihan hati abang sado?
PELAKON
Erma Fatima, Umie Aida, Dato Rahim Razali, Balkisyh, Nora Danish, Ungku Ismail Aziz, Dafi, Betty Rahmad

Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
Bangsar Village (TEL: 03-22021139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Istana Budaya Jalan Tun Razak03 40265520

-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.