Saturday, 20 October 2018

Singapura hub utama promosi kempen Tahun Melawat Sarawak

MENTERI Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin
(empat dari kiri) memegang sumpit dan perisai tradisional simbolik pelancaran
Logo Tahun Melawat Sarawak di Singapura.

SINGAPURA 19 Okt. - Sarawak Tourism Board (STB) mahu menjadikan Singapura sebagai hub utama mempromosikan kempen Tahun Melawat Sarawak yang akan dilancarkan hujung tahun ini.

Menurut Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, kempen tersebut berhasrat meletakkan Sarawak sebagai destinasi pilihan pelancong di rantau ini.

“Kita telah merekodkan peningkatan 16.5 peratus kedatangan pelancong dari Januari hingga Julai lalu yang menjadi petunjuk baik minat pelancong berkembang di pasaran negara Kota Singa ini.

“Penambahan penerbangan terus Singapura-Kuching menerusi penerbangan Scoot, Malaysia Airlines dan AirAsia memberikan 600 tempat duduk setiap hari,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Logo Tahun Melawat Sarawak di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Salleh Askor, Kaunselor Pesuruhjaya Malaysia di Singapura, Engku Puteri Suraya Engku Mohd. Affandi dan Pengarah Tourism Malaysia Singapura, Edzuar Zar.

Mengulas lanjut, Kim Shin memberitahu, pakej percutian tiga hari dua malam ke Sarawak dilihat telah menjadi kegemaran pelancong Singapura.

“Bahagian tengah Sarawak kini menjadi tarikan dari Sibu, kawasan hilir Batang Rejang, Kapit dan Bintulu memberikan perjalanan sungai, taman negara dan kemudahan bandar moden,” jelasnya.

Sementara itu, Sharzede berkata, aspek digital akan memainkan bahagian besar dalam kempen Tahun Melawat Sarawak itu nanti.


“Selain mewujudkan platform dan kandungan digital bagi mencapai kepada pasaran, kita juga akan membangunkan aplikasi mobil bagi kemudahan pelancong dalam meneroka lebih banyak di Sarawak,” jelasnya.
-utusan online.
https://sarawaktourism.com/

1 comment:

  1. Waktu berikutnya saya membaca weblog, saya harap itu tidak mengecewakan saya sebanyak ini. Saya menyiratkan, saya tahu itu adalah pilihan saya untuk belajar, tetapi saya benar-benar berpikir Anda akan memiliki satu hal yang menarik untuk dikatakan. Yang saya dengar adalah sekelompok rengekan tentang sesuatu yang mungkin dapat Anda perbaiki jika Anda tidak terlalu sibuk mencari perhatian.

    Baca juga blog saya ya gan :
    situs poker online terbaru 2020
    Situs Bandarq Terbaik 2020
    situs agen domino online terbaik
    Situs SEO Judi Online Indonesia
    Kumpulan Agen Ceme Online
    List Judi Online Terbaru Indonesia
    situs dominoqq online Terpercaya
    bocoran togel online
    Prediksi Jitu Togel Cambodia

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.