Semua
penggiat industri pelancongan, kesenian dan kebudayaan dipelawa untuk
mempromosi tawaran pakej istimewa dan diskaun menarik melibatkan produk dan
destinasi pelancongan domestik terkini secara percuma di laman sesawang yang
dibangunkan oleh Tourism Malaysia, malaysia.travel.
Platform tersebut yang terbuka khususnya
kepada ejen pelancongan, hotel dan premis penginapan pelancong, antara lain
merupakan salah satu usaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk
membantu pihak industri bagi menguar-uarkan serta menyebarluaskan promosi
pelancongan domestik.
Adalah diharap dengan langkah ini, ia dapat
menyemarakkan lagi kempen Cuti-Cuti Malaysia sekali gus menggalakkan orang
ramai untuk keluar melancong bagi menyokong industri pelancongan tempatan yang
telah dibuka semula mulai 10 Jun lalu dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Setakat 2 Julai 2020, sebanyak 136 pakej dan
e-voucher telah dimuat naik dalam laman sesawang tersebut melibatkan 24 ejen
pelancongan tempatan yang telah mendaftar secara atas talian.
Para penggiat industri yang berminat untuk
mempromosi tawaran pakej dan diskaun menarik bagi produk mahupun destinasi
pelancongan masing-masing, perlu menghantar permohonan melalui pendaftaran
akaun terlebih dahulu di https://www.malaysia.travel/merchant
-Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.