Thursday, 20 February 2020

MYEXPERIENCE Tawar 500 Pakej Niche Pelancongan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020


KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI 2020 – Tourism Malaysia telah melancarkan ‘PAKEJ MYexperience SEMPENA VISIT MALAYSIA 2020’ bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Objektif utama pelancaran ini adalah untuk meningkatkan promosi produk-produk pelancongan minat khas (niche product) melalui pengumpulan 500 pakej-pakej niche yang komprehensif di dalam terbitan booklet MYexperience. Booklet ini telah dikemaskini dan ditambah nilai dengan penglibatan 109 pengusaha-pengusaha pelancongan berdaftar yang mempromosi pakej-pakej yang menarik untuk Tahun Melawat Malaysia 2020. Ia diharap dapat menarik minat pelancong tempatan dan juga pelancong antarabangsa.

Majlis pelancaran ini diserikan dengan aktiviti-aktiviti bercorak interaktif dan berinformasi sepanjang program berlangsung. Dianggarkan kehadiran seramai 200 jemputan yang terdiri daripada organisasi kerajaan dan swasta, pihak universiti awam dan swasta, serta pihak industri pelancongan.

“Pelancaran booklet MYexperience ini tepat pada masanya dan sangatlah bersesuaian bagi menggalakkan percutian domestik di kalangan penduduk Malaysia,” ulas YB. Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Jelas menteri itu lagi, Pakej Myexperience juga selari dengan inisiatif ‘quick win’ dalam menangani industri pelancongan negara yang turut terkesan susulan daripada krisis COVID-19 yang ketara di peringkat global.


Pakej Myexperience ini boleh diperolehi melalui www.malaysia.travel dan vm2020.malaysia.travel selain dari laman sesawang setiap agensi pelancongan yang terlibat. Tempoh sah laku pakej yang ditawarkan adalah sehingga penghujung Disember 2020. Pakej-pakej yang ditawarkan meliputi 23 segmen termasuklah pelancongan sukan, pelancongan ekologi, pelancongan perubatan atau kesihatan, pelancongan pendidikan, pelancongan gastronomi, pelancongan berasaskan gaya hidup serta membeli-belah.
-Tourism Malaysia.
http://ebrochures.malaysia.travel/

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.