www.elementkualalumpur.com/ |
Naib Presiden Pengurusan Jenama Marriot International Asia Pasifik, Nelli Yong berkata, hotel tersebut akan dibuka kepada pengunjung pada April ini dengan tarikan tersendiri menerusi pendekatan mesra alam tetapi mengekalkan ciri-ciri moden.
Kata beliau, jenama Element menunjukkan pertumbuhan yang sangat pantas didorong oleh permintaan tinggi daripada pelanggan yang gemarkan suasana moden tetapi masih mengekalkan kelestarian alam.
“Kami sangat bangga dan teruja untuk membawakan Element ke Kuala Lumpur dan pastinya suasana yang selesa dapat menarik ramai pengunjung untuk menginap di sini.
“Terdapat 252 bilik disediakan, bermula dari unit studio sehingga kepada suite yang dilengkapi tiga bilik tidur. Dengan ketinggian 275 meter, pengunjung akan disajikan pemandangan 360 darjah sekitar Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Nelli, Hotel Element menyediakan pelbagai kemudahan serta memberi lebih ruang peribadi kepada pengunjung supaya mereka sentiasa selesa dan santai sepanjang penginapan.
Katanya, antara kemudahan yang disediakan seperti pusat kecergasan, sewaan basikal, kolam renang, bilik mesyuarat, restoran serta kemudahan jalur lebar mudah alih (WiFi).
“Selain itu, lokasi hotel yang strategik menjadi nilai tambah kerana terletak berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang Park sekali gus memudahkan mobiliti pengunjung untuk melawat kawasan tumpuan sekitar ibu kota.
“Kepuasan pengunjung ketika menginap dan mendapatkan perkhidmatan hotel kami akan sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.
Hotel Element mempraktikkan amalan penggunaan produk yang dapat menjamin kelestarian alam dalam operasinya seperti menggunakan lampu LED, kenderaan elektrik, bahan organik dan barangan kitar semula.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.