Tuesday, 17 October 2023

Adiguru jadi produk pelancongan baharu di serambi Mekah

 

WAN Eikmal Khalil (duduk, kanan) mendengar penerangan berkait dengan sulaman kelingkan pada program Jejak Warisan Adiguru Tourism Wilayah Timur di Rumah Melayu Kelantan Tiang 12 di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.

KOTA BHARU: Adiguru menjadi produk baharu yang dilihat mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri serambi Mekah sekali gus merangsang perkembangan ekonomi setempat.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Timur, Wan Eikmal Khalil berkata, selain mahir dalam satu-satu cabang seni pada masa sama adiguru itu mampu memberi tunjuk ajar kepada para pelancongan yang berminat mempelajarinya.

Menurutnya, setakat ini Kelantan mempunyai 18 adiguru yang pakar dalam pelbagai cabang seperti pembuatan patung wayang kulit, seramik, blok batik, sulaman kelingkang dan banyak lagi.

“Semua individu ini mempunyai kepakaran dan keistimewaan masing-masing yang boleh menarik minat pelancong untuk melihat secara lebih dekat pembuatan tersebut.

“Pada masa sama, kita mahu mengubah persepsi berkait pelancongan. Pelancongan ini sebenarnya luas dan tidak hanya tertumpu kepada kawasan peranginan seperti air terjun. Namun ia boleh dikembangkan melalui aktiviti jejak adiguru,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Jejak Warisan Adiguru Tourism Malaysia Wilayah Timur di Rumah Melayu Kelantan Tiang 12 di sini hari ini.

Wan Eikmal memberitahu, pemilihan Kelantan sebagai lokasi pertama itu bertepatan dengan sasaran 7 juta pelancong masuk ke negeri ini pada tahun 2023.

Katanya, sasaran itu mampu dicapai dengan promosi dan kerja keras dilakukan selain kehadiran adiguru.

-utusan online.

Festival Budaya Borneo 2023 ketengahkan keunikan Sabah, Sarawak

 

JASON Hee (dua dari kanan) bersama tetamu jemputan dalam sidang akhbar mengenai Festival Budaya Borneo 2023 di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA: Festival Budaya Borneo 2023 (BCF 2023) yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Oktober ini akan mengete­ngahkan keunikan budaya, seni serta tradisi di Sabah dan Sarawak.

Penganjur, Dr. Jason Hee berkata, program itu menggunakan elemen budaya dan seni agar rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan lebih menyeluruh antara satu sama lain.


Malah katanya, ia memberi gambaran mendalam mengenai budaya dan warisan Borneo kepada komuniti Semenanjung dan melindungi nilai budaya agar tidak dilupakan generasi baharu.


Katanya, justeru festival berkenaan bakal menjanjikan pengalaman baharu menerusi pelbagai acara menarik seperti pameran budaya yang menonjolkan pakaian tradisional, peralatan tradisional, hasil kraf ta­ngan dan gambar sejarah etnik di Borneo.


“Dalam festival ini, pe­ngunjung berpeluang mencuba pakaian­ tradisional dan di samping merakam gambar sebagai memori kenangan. Mereka juga boleh menikmati persembahan muzik dan tarian yang memukau yang mewakili pelbagai kumpulan etnik Sabah dan Sarawak.


“Selain itu festival ini menawarkan pelbagai hidangan tradisional Borneo termasuk makanan eksotik seperti ulat butot, bambangan, buah tarap, dan anggur laut,” katanya dalam kenyataan.


BCF 2023 bakal dirasmikan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kiti­ngan yang berlangsung selama dua hari pada 28 dan 29 Oktober, bermula pukul 10 pagi hingga 10 malam di Pusat Membeli-belah Subang Parade.


Festival itu merupakan anjuran bersama Persatuan Fesyen,­ Pemodelan dan Pageant Malaysia (MFMPA) de­ngan Ra­pid Borneo Freight & Shipping Inc. serta GOGO Puteri dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya; Pusat Membeli-Belah Subang Parade dan Parkroyal Collection Kuala Lumpur.


Dalam pada itu, Jason me­rangkap Presiden MFMPA berkata, BCF 2023 juga mempunyai potensi baharu untuk memupuk semangat perpaduan menerusi pemahaman yang mendalam dalam kala­ngan rakyat Malaysia berhubung kelestarian warisan budaya Borneo untuk pemahaman generasi masa depan.

-utusan online.

Monday, 16 October 2023

Tourism Malaysia Lancar Pakej “MALAYSIA BIRDWATCHING PARADISE 2023”

 


KOTA KINABALU, 16 Oktober 2023 - Tourism Malaysia telah melancarkan pakej “Malaysia Birdwatching Paradise 2023” bagi mempromosikan segmen pelancongan minat khas tersebut dalam kalangan pemerhati burung di dalam dan luar negara untuk meningkatkan lagi ketibaan pelancong ke Malaysia.

Sebanyak 15 pakej pelancongan ditawarkan oleh tujuh agensi pelancongan untuk tempoh perjalanan dari 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024 melibatkan lokasi tumpuan bagi aktiviti pemerhatian burung di negeri Sabah, Sarawak, Pahang, Kedah dan Terengganu. Penawaran pakej tersebut bermula daripada aktiviti pencerapan burung selama empat jam di Langkawi sehingga ke itinerari 7 hari 6 malam di Sarawak.

Tujuh agensi pelancongan yang terlibat ialah Danz Travel & Adventure Sdn Bhd, Natural History Tours Sdn Bhd, Ping Anchorage Travel & Tours Sdn Bhd, Borneo Nature Tours Sdn Bhd, Tabin Wildlife Holidays Sdn Bhd, Inter-Borneo Tours Sdn Bhd dan Borneo Birding Tours Sdn Bhd.

Kempen promosi pakej “Malaysia Birdwatching Paradise 2023” telah dilancarkan dan mula dijual kepada para pengunjung sewaktu penganjuran Asian Bird Fair 2023 yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu pada 13-14 Oktober 2023.

Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia berkata, segmen pencerapan burung giat dipromosikan selari dengan sokongan terhadap pelancongan mampan dan bertanggungjawab.

“Malaysia bertuah kerana memiliki kira-kira 873 spesies burung yang mewakili 7.4% daripada populasi global. Daripada jumlah itu, 91 spesies ialah jenis endemik atau hampir endemik serta tidak ditemukan di mana-mana lokasi lain di dunia.

“Oleh itu, Tourism Malaysia bersedia untuk mempromosikan lebih banyak segmen pelancongan minat khas seperti aktiviti pencerapan burung ini yang bukan sahaja menawarkan kelainan dalam pengalaman pelancongan di Malaysia, malah berpotensi membawa limpahan ekonomi kepada penggiat industri tempatan serta masyarakat setempat,” katanya.

Antara spesies burung di Malaysia yang mendapat tempat dalam kalangan pemerhati hidupan itu untuk disaksikan dalam tawaran pakej kali ini ialah burung jenis Blue-banded Pitta, Bornean Frogmouth, Bornean Barbet, Mountain Serpent Eagle, Mountain Rail Babbler, Crested Shrikejay, Barred Eagle Owl, Oriental Bay Owl, Dulit Frogmouth, Black Oriole, Hose’s Broadbill dan Bornean Frogmouth.

Maklumat lanjut berkenaan pakej-pakej yang ditawarkan boleh diperoleh menerusi laman web Tourism Malaysia di www.malaysia.travel.

https://www.malaysia.travel/storage/files/pdf/bird-watching-paradise.pdf

-Tourism Malaysia.

Tourism Malaysia Sertai Persidangan Routes World 2023

 


Tourism Malaysia menyertai Persidangan Routes World 2023 bertempat di Istanbul, Turkiye pada 14 hingga 18 Oktober 2023.

Delegasi Tourism Malaysia diketuai oleh Ybhg. Datuk Musa Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia.

Penyertaan Tourism Malaysia di dalam program ini adalah penglibatan pertama kali Tourism Malaysia secara rasmi dan sebagai usaha memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelancongan di Rantau Asia Pasifik sejajar sebagai rakan kerjasama bersama MAHB untuk program Routes Asia yang bakal dianjurkan di Langkawi pada tahun 2024.

-Tourism Malaysia.

Pavilion Tahun Melawat Melaka 2024 @ KLIA Terminal 1

 


16 Oktober 2023: Tourism Melaka amat berbesar hati apabila menerima lawatan daripada YB Dato' Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia ke Pavillion Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024. Lawatan ini diiringi oleh YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni & Budaya Negeri Melaka. Turut hadir sama YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.

Tourism Melaka dengan kerjasama Tourism Malaysia sedang menganjurkan Program Promosi Pelancongan Negeri Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 yang telah bermula dari 6 Oktober lalu hingga 29 Oktober ini bertempat di Ruang Pameran KLIA Terminal 1. Pelancong yang berada di KLIA berpeluang mendapatkan informasi produk pelancongan yang ditawarkan sepanjang TMM2024 di Pavillion TMM 2024 ini.

Di antara agensi yang turut serta di dalam program promosi ini adalah Menara Taming Sari, Melaka River Cruise, A'Famosa Resort, Hotel Tun Fatimah Riverside, Hotel Ames, HNE Horizon Sdn Bhd, Hotel Ibis Melaka, Amverthon Heritage Hotel, Hotel Queenspark Lovita Melaka, Red Craf & Deco, Menate Steak Hub dan Hotel Sentral Riverview.

-Tourism Melaka.

KOPPEMA-TOURISM MALAYSIA Unveil Malaysia Truly Asia Tourism Golf Challenge 2023

 


PUTRAJAYA, 12 October 2023 – Tourism Malaysia is set to host the prestigious Malaysia Truly Asia Tourism Golf Challenge 2023, a premier golf tournament that will unleash the participation of 200 domestic and ASEAN players. Organised in conjunction with the 50th anniversary of Tourism Malaysia, this grand event will take place at the renowned Saujana Golf & Country Club (SGCC) in Shah Alam on 25 October 2023.


With more than 40 esteemed organisations as strategic partners, the primary objectives of this tournament are to strengthen collaborations within Malaysia's travel industry and attract local and international golf enthusiasts to promote Malaysia as the ultimate holiday destination and thus contribute significantly to the nation's economy.


“The Malaysia Truly Asia Tourism Golf Challenge 2023 promises to be a unique experience, merging the thrill of golf with the charm of our local culture and landscapes. The tournament will unfold in three distinct sessions, each designed to offer a comprehensive view of what makes Malaysia truly special.”


“From the morning rays to the enchanting evenings, participants will be able to explore our scenic beauty, diverse culture, and warm hospitality,” said Datuk Musa Hj. Yusof, Chairman of Koperasi Kakitangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Berhad (KOPPEMA) – the event’s organiser.


Malaysia boasts a rich golfing heritage, with over 200 golf courses spanning private and public venues since the 1990s. According to the Malaysian Golf Association (MGA), there are an average of 968 registered golfers for each golf club in Malaysia, with approximately 138,000 to 158,000 golfers across the country.


Meanwhile, Dato’ Dr Ammar Abd. Ghapar, Director General of Tourism Malaysia, said: “We are excited to collaborate with KOPPEMA to showcase Malaysia's beautiful golf courses and attractions in promoting Malaysia as a premier golf destination for travellers. With enhanced golf travel packages and connectivity, we are confident Malaysia will captivate international golfers and eventually contribute to tourism growth."


For more information, check out Malaysia Truly Asia Tourism Golf Challenge 2023 Facebook or Instagram page at https://www.facebook.com/mtatgc23 or https://www.instagram.com/mtatgc2023/?igshid=MzRlODBiNWFlZA%3D%3D.

-Tourism Malaysia.

Sunday, 15 October 2023

Pulau Pinang komited jadikan ghazal parti, boria, chingay seni warisan dunia

 


BUKIT MERTAJAM: Pulau Pinang komited untuk menyenaraikan seni persembahan tempatan seperti ghazal parti, boria dan chingay sebagai antara seni warisan dunia pada masa hadapan.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, ia bagi memastikan warisan kebudayaan yang dikategorikan sebagai tidak ketara itu terus dilindungi setelah mendapat pengiktirafan antarabangsa khususnya daripada Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Hon Wai berkata, ketika ini, Malaysia mempunyai beberapa seni persembahan kebudayaan yang telah diangkat sebagai warisan dunia seperti makyong, dondang sayang, silat, pantun dan wangkang.

Selain itu, katanya, songket Malaysia juga telah diberi status dunia pada tahun lepas dan kebaya pula dijangka mendapat pengiktirafan yang sama daripada UNESCO tahun hadapan.

“Justeru, seperti seni persembahan boria, saya percaya ghazal parti juga berpotensi untuk diangkat sebagai Warisan Negeri, Warisan Kebangsaan dan seterusnya menjadi Warisan Dunia UNESCO yang dikenali sebagai ‘Representative List of the Intangible Cultural Heritage’ (Senarai Perwakilan untuk Warisan Kebudayaan Tidak Ketara),” katanya.

Beliau berucap sempena Majlis Perasmian Pesta Ghazal Parti 2023 di Pasar Raya Mydin Bukit Mertajam di sini, malam tadi.

Turut berlangsung pada majlis sama ialah penyampaian anugerah kepada para penggiat serta tokoh ghazal parti dari negeri ini.

Terdahulu, Pesta Ghazal Parti yang mendapat kerjasama daripada syarikat Omara Production serta beberapa agensi dan jabatan kerajaan termasuk Jabatan Penerangan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) itu telah bermula sejak Khamis lalu.

Ia susulan pelaksanaan Bengkel Ghazal Parti yang melibatkan penyertaan daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Kepala Batas serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Tok Jaya di Dewan Belia Lebuh Acheh, George Town.

Difahamkan, pelaksanaan bengkel itu bertujuan mewujudkan lebih ramai pelapis muda demi kelangsungan warisan seni persembahan ghazal parti.

Dalam pada itu, Hon Wai memberitahu, kerajaan negeri juga berhasrat merangka satu dasar berkaitan industri kreatif di Pulau Pinang agar ketiga-tiga seni persembahan itu iaitu boria, ghazal parti dan chingay diberikan satu fokus baharu dalam menjana ekonomi kreatif.

Untuk itu, katanya, satu perbincangan lanjut akan diadakan bersama beberapa agensi berkaitan dalam masa terdekat.

-utusan online.

Saturday, 14 October 2023

Malaysia’s King’s Park to sponsor hospitality training at new entertainment hub

 

King’s Park Genting Highlands will sponsor training opportunities for 1,000 Cornell Academy’s students at its new entertainment hub when opened

Cornell Academy is an educational institute certified by Universiti Sains Malaysia, Graduate School of Business. It offers a myriad of professional development and skill enhancement courses in the field of business management, hospitality, with more programmes to be revealed soon.


Cornell Academy’s managing director, Darren Yang, said: “As we look ahead, we envision an expansion into diploma programmes covering Food & Beverage, Retail, Business Management, and Entrepreneurship. This holistic approach will underscore a profound understanding of ESG principles, fortifying our commitment in sustainable education.


“The tourism industry is burgeoning, necessitating elevated training and a profound understanding of comprehensive business management, with a keen focus on the nuances of hospitality and delivering exceptional customer service. We aspire to elevate ambitious young talents to new heights in these domains. 


Our goal is to provide them not only with academic credentials but also a comprehensive understanding and practical experience in the industry, broadening their horizons.”


Sean Chen, executive vice president, King’s Park Development, shared: “The growing importance of possessing industry-relevant skills from the get-go cannot be overstated, as it kickstarts efficiency and productivity upon entry into the workforce.


“We firmly believe that engaging and supporting local development will empower the region’s youth through enhanced educational and job prospects. This sponsorship’s diverse group of recipients will significantly contribute to promoting workforce diversity, fostering an inclusive culture within the industry. Our aspiration in sponsoring these individuals is to witness their transformation into invaluable assets, not only benefitting King’s Park but also enriching the entire industry.”


Course registration will commence in 2025, and are priced at approximately 36,000 ringgit (US$7,605) for a three-year duration, which integrates five days of hands-on training and one full day of classroom education per week. Students are guaranteed job opportunities upon successful course completion with no post-training bonding requirements.

-TTG Asia.

Tourism Malaysia Returns To TTG Travel Experince After Its Last Participation On 2019

 


RIMINI, 13 October 2023 – Tourism Malaysia will lead a delegation comprising of tourism stakeholders from hospitality and destination management companies to attend the 60th edition of TTG Travel Experience in Rimini to promote new tourism projects launched in the last months.

During the 3-day trade event, Tourism Malaysia will hold meetings with Italy’s main long- haul outbound tour operators to discuss partnerships to promote and sell Malaysia’s tourism products to the Italian market.

Five co-exhibitors will share the stand together with Tourism Malaysia and four DMCs namely, Axys Travel Boutique, Bamboo Adventures, Asia Top Team Travels, Malai Adventure, and Berjaya Hotels & Resorts. All of them will present their products and latest trends of excellent growth over the last years.

Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Director General of Tourism Malaysia said, “Tourism Malaysia works closely with partners in the private sector to expand the country’s tourism offering and works to attract international visitors.”

The European markets have always played an important role to Malaysia’s inbound tourism, and through participation in events such as this, it helps to raise awareness of the extensive developments in Malaysia.”

“Italy was a growing source market pre-pandemic. From January to July 2023 over 21,000 Italians visited the country. As for arrival from Europe, Italy is the 7th largest market from the region, marking a tremendous growth in July with 5,040 Italians, which is double of June’s 2023 number”, he added.

Malaysia is home to four designated UNESCO World Heritage Sites, of which the majestic triple crown site Kinabalu Park and Gunung Mulu National Park showcase the splendour of pristine biodiversity.

Langkawi Island and Kinabalu Park are recognised as UNESCO Global Geoparks, while the historic cities of Georgetown and Melaka unfold the captivating narratives of Malaysia's cultural diversity and heritage.

UNESCO admiration is also extended to Malaysia's rich mosaic of intangible cultural heritage, which includes Mak Yong, Dondang Sayang, Silat, Pantun and Songket, all recognised as valuable components of the Intangible Cultural Heritage of Humanity.

On development, key lifestyle and full-service hotel brands such as Park Hyatt Kuala Lumpur at Merdeka 118, The Waldorf Astoria and The Conrad are scheduled to open in Kuala Lumpur between 2024 and 2025.

Other hotel openings include the Hilton Burau Bay in Langkawi and the Intercontinental Resort in Penang.

The harmonious blend of breath-taking nature, modern metropolises and rich cultural heritage makes Malaysia one of the world's leading destinations for an unforgettable visit. As travellers worldwide seek eco-conscious options, Malaysia stands ready to offer eco- heritage experiences like no other.

-Tourism Malaysia.

Thursday, 12 October 2023

Acara golf sempena 50 tahun Tourism Malaysia bakal tarik 200 pemain

 


PUTRAJAYA: Lebih 200 pemain termasuk dari negara-negara ASEAN disasarkan bakal menyertai Cabaran Golf Pelancongan Malaysia Truly Asia 2023 pada 25 Oktober ini.


Menurut Pengerusi Koperasi Kakitangan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Berhad (Kopema), Datuk Musa Yusof, acara julung kali diadakan itu bersempena ulang tahun ke-50 Tourism Malaysia.

Beliau berkata, sejumlah 43 syarikat korporat termasuk dari luar negara bersetuju menjadi rakan strategik acara tersebut yang terbuka kepada para peminat golf.

“Meskipun bayar yuran RM1,200 setiap orang, namun tiada sesiapa akan pulang dengan tangan kosong kerana ada hadiah disediakan dan mereka main secara santai,” jelasnya selepas menyempurnakan Prapelancaran Cabaran Golf Pelancongan Malaysia Truly Asia 2023, di sini hari ini

Kejohanan itu akan berlangsung di Saujana Golf and Country Club, Shah Alam, Selangor dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik dan keseluruhan bernilai lebih RM500,000.

Acara berkenaan juga terang beliau, sebagai persiapan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan menjadikan pelancongan sukan sebagai antara produk tarikan.

Bahkan ujarnya, hadiah berupa sebuah kereta dan motosikal berkuasa besar ditawarkan kepada pemain bertuah yang kebetulan pula berjaya melakukan satu pukulan satu lubang.

Setakat ini tambah beliau, sejumlah 70 peratus daripada sasaran yang ditetapkan itu telah diisi dengan ramai pemain dari Singapura, Thailand dan China sudah pun mendaftar diri.

Dalam perkembangan berkaitan, Musa yang juga Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia berkata, pihaknya berhasrat mahu menjadikan ungkapan ‘Malaysia Truly Asia’ sebagai jenama negara ini di persada antarabangsa dan bukan lagi sekadar slogan biasa.

Malaysia Truly Asia’ dijadikan slogan pelancongan negara ketika Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel XVI Kuala Lumpur 1998 sebagai usaha bagi memperingati sejarah kegemilangan Kesultanan Melaka abad ke-15 apabila menjadi hab dagang utama Asia dengan ada 84 bahasa dari seluruh dunia.

Mengulas lanjut, Musa berkata, penganjuran Cabaran Golf Pelancongan Malaysia Truly Asia 2023 menjadi permulaan untuk lebih banyak ungkapan itu dijadikan sebagai jenama, apatah lagi negara memiliki lebih 200 lapangan golf yang menarik ramai pemain terbaik dunia.

-utusan online.

Putrajaya Water Taxi - New Attraction starts 14 October 2023

 


Hello semua! Memperkenalkan Putrajaya Water Taxi, perkhidmatan pengangkutan awam terbaru menyusuri Tasik Putrajaya untuk kemudahan anda.

Lebih mudah & lebih pantas untuk anda ke setiap destinasi menarik di Putrajaya!

Putrajaya Water Taxi ini akan mula beroperasi pada 14 Oktober 2023 ini.

Dan bersempena dengan Hari Rekreasi Putrajaya pada Sabtu ini, perkhidmatan Water Taxi akan bermula jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang tau!

-Cruise Tasik Putrajaya.

Wednesday, 11 October 2023

Tourism Malaysia Returns To PATA TRAVEL MART 2023

 


NEW DELHI, 10 October 2023 – Tourism Malaysia returned to participate in the first physical PATA Travel Mart (PTM) since the pandemic, taking place at the International Exhibition Convention Centre (IECC), Pragati Maidan, New Delhi, India from 4th to 6th October 2023.

The Asia-Pacific’s worldwide travel trade exhibition was attended by some 339 sellers and buyers from all over the world, featuring unparalleled networking and contracting opportunities to help travel and tourism organisations access decision-makers, meet new clients, expand their networks, establish new relationships, and consolidate existing business partnerships.

Led by Tourism Malaysia’s Deputy Director General (Promotion) Datuk Musa Haji Yusof, who is also the Chairman of PATA Malaysia Chapter, the Malaysian delegation comprises four (4) organisations, namely Sabah Tourism Board, Sarawak Tourism Board, Legoland Malaysia Resort, and Langkawi MICE Holidays & Tours Sdn Bhd.

Also taking place during the three-day event was the anticipated PATA Gold Awards 2023, celebrating the hard work and accomplishments of the region’s tourism industry players. Representing Malaysia to the eyes of the world was Sabah Tourism Board when its travel video titled Catching Sabah won the PATA Gold Award Winner 2023 for the Marketing (Travel Video) Category.

During the PATA Board Dinner and Awards Presentation hosted by the Ministry of Tourism India on 7th October 2023, Malaysia was lauded once again as PATA Malaysia Chapter was awarded the Spirit of PATA Award 2023, a recognition to the Chapter that consistently and progressively demonstrates its commitment towards realising the objectives of PATA over the past five years.

-Tourism Malaysia.

Wang RM5,200 bagi pemenang pertandingan foto

 

MOHD. Fahmi Faiez Mohd. Nor Azmi (dua dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Rashidi Hasbullah pada majlis Pelancaran Pertandingan Fotografi 2023 di Petaling Jaya, kelmarin. Turut sama, Dr. Balachandran Gopal Krishnan (kanan) dan Presiden Persatuan Peragawati dan Peragawan Fesyen Malaysia (MFMPA), Dr. Jason Hee. – UTUSAN/SYAKIR RADIN

PETALING JAYA: Pertandingan Fotografi 2023 bertemakan Malaysia Destinasi Pilihan Utama yang bermula pada 1 Oktober sehingga 23 Oktober ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM5,200 kepada para pemenang.


Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah NSP Production, Mohd. Fahmi Faiez Mohd. Nor Azmi berkata, objektif utama pertandingan ini adalah mempromosi budaya dan warisan Malaysia melalui lensa kamera.


“Kita ada dua kategori untuk pertandingan ini, pertama ialah menggunakan kamera digital single-lens reflex (DSLR) dan pemenang tempat pertama akan menerima hadiah berbentuk wang tunai RM1,000 dan saguhati RM100 kepada tujuh orang pemenang bertuah.


“Untuk kategori kedua menggunakan telefon bimbit, pemenang tempat pertama akan menerima wang tunai RM750 dan saguhati RM100 kepada tujuh orang pemenang bertuah,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Pelancaran Pertandingan Fotografi 2023, di sini kelmarin.


Majlis perasmian pertandi­ngan fotografi itu disempurnakan oleh bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah. Turut hadir Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Dr. Balachandran Gopal Krishnan.

Menurut Mohd. Fahmi Faiez, penyertaan percuma pertandi­ngan dibuka kepada pelajar dari universiti awam atau swasta, manakala peserta luar dikenakan yuran RM30 dan para peserta bebas untuk menghantar seberapa banyak gambar.

“Semua boleh sertai pertan­dingan fotografi ini, mereka boleh tangkap dan hantarkan kepada kita melalui pautan yang terdapat pada poster pertandingan atau kod QR,” katanya.

Katanya, gambar-gambar yang bertemakan ‘Malaysia’ seperti fesyen, pelancongan dan makanan akan dinilai oleh juri-juri profesional yang berpengalaman dalam bidang fotografi.

“Setakat ini, kita sudah terima lebih daripada 100 penyertaan dan gambar-gambar yang dihantar memang cantik dan mempunyai makna Malaysia yang tersendiri,” katanya.

Pertandingan fotografi itu hasil penganjuran bersama NSP production serta Persatuan Peragawati dan Peragawan Fesyen Malaysia (MFMPA) akan berakhir pada 23 Oktober ini dengan pengumuman pemenang pada 29 Oktober di Subang Parade.

Pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan pada 29 Oktober nanti seperti bengkel fotografi dan pameran foto.

-utusan online.

Lenggong tuan rumah sukan lasak Iron Bound A1 World Cup

 


LENGGONG: Selepas kejayaan penganjuran sukan lasak ‘Lenggong 48H Iron Bound A1 National Series 2022’ tahun lalu, Lenggong sekali lagi akan menjadi tumpuan pasukan elit ‘adventure racing’ dunia pada pertandingan ‘Lenggong Iron Bound A1 World Cup’ pada 8 hingga 12 November tahun depan.


Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, acara itu disenaraikan dalam kalendar antarabangsa A1 Nationwide yang diadakan sempena Tahun Melawat Perak 2024.


Menurutnya, kejohanan itu diharap dapat menarik lebih ramai penyertaan selepas tahun lalu disertai 100 pasukan dan 400 atlet termasuk lapan pasukan antarabangsa dan 32 daripada pesertanya dari Australia, Hong Kong, New Zealand dan beberapa negara lagi.


“Kejohanan ini mendapat hak penganjuran berlesen daripada ‘A1 Nationwide Australia’ dan ‘World Obstacle Federation Swiss’ dan pada tahun 2024, Malaysia diberi mandat untuk menganjurkan ‘A1 World Cup’.


“Kejohanan ‘Expedition Adventure Racing’ ini dianjurkan oleh Akademi Orienteering Malaysia, penganjurnya adalah anak jati Perak, berpengalaman dalam penganjuran sukan lasak antarabangsa.


“Kejohanan ini juga mendapat sokongan Majlis Pelancongan Lenggong dan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong,” katanya dalam kenyataan di Facebook beliau.

Menurutnya, kejohanan berformatkan perlumbaan berpasukan terdiri daripada empat orang dan berlangsung selama 72 jam tanpa henti.


Perlumbaan melibatkan disiplin seperti orienteering, berbasikal bukit, berkayak, berakit, tali tinggi, memasuki gua, berlari denai dan merentas hutan dan kesemua disiplin itu akan ditempuhi secara bernavigasi dan pemetaan.


Beliau berkata, penganjuran kejohanan itu akan memberi impak besar kepada ekonomi dan pelancongan di daerah Lenggong Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Majlis Pelancongan Lenggong menyokong penganjuran aktiviti itu untuk membantu memajukan industri pelancongan Lenggong, sesuai dengan Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco dan Lenggong Geopark Kebangsaan.


“Penganjuran acara ini juga membantu merancakkan kegiatan ekonomi tempatan dan negeri termasuk sektor penginapan, makanan dan IKS serta lain-lain.

“Saya harap masyarakat dan rakyat Perak dan Lenggong khususnya menyokong penganjuran acara ini dan datang menyaksikannya ketika acara ini dilangsungkan nanti,” katanya.

-utusan online.

Tuesday, 10 October 2023

Tourism Malaysia participated in the Sabre Brunei Travel Fair 2023

 


Tourism Malaysia Brunei Office participated in the Sabre Brunei Travel Fair 2023 from 30 September – 1 October 2023.

Tourism Malaysia is joined by six other Malaysian sellers: Tourism Melaka, Malaysia Healthcare Travel Council, Tiara Labuan Hotel, Labuan Rusukan Besar Resort, Sutera Sanctuary Lodges and Sabahcare Fertility Centre. In addition, Sarawak Tourism Board and Sabah Tourism Board are also participating alongside its exhibitors to provide first-hand information to visitors at their respective booths.

Present to launch TM’s booth were the Guest of Honour, Deputy Minister at the Prime Minister’s Office, High Commissioner of Malaysia to Negara Brunei Darussalam, and Director of Tourism Malaysia Brunei Darussalam.

-Tourism Malaysia.

Monday, 9 October 2023

Big Indian destination wedding bells toll strongly

 


The Indian destination wedding market is growing exponentially, spreading joy to both domestic destinations as well as overseas ones.

Speaking at the PATA Travel Mart 2023 Forum, Rajeev Jain, founder and managing director, Rashi Entertainment India, noted that the market is growing at a rate of 30 per cent and had generated approximately US$40 billion in the period between October and December 2022, based on a report released by ICICI Bank.

“This highlights the immense scale and significance of the sector,” said Jain.

Other research conducted by Ernst & Young and Deloitte pegged the global wedding industry at US$400 billion, with India alone accounting for a significant US$50 billion share.

Jain said: “Indian weddings are not just about single-room bookings; they represent a colossal affair, often involving bookings for 500 rooms per night. Despite soaring prices for hotels, artists, and other essentials, Indians are continuing to invest in their dream weddings – 25 per cent of budgets are directed to venues, hotels, catering, and logistics.”

In India, Jaipur, Udaipur, Jodhpur, Agra, Delhi, Goa, Mussoorie, and Mahabalipuram are a hit with couples looking to celebrate their union in a big way. However, escalating hotel rates, especially in popular wedding destinations, are forcing Indian couples to explore international alternatives for their nuptials.

“Countries like Bahrain and Oman are emerging as competitive alternatives due to their relatively lower costs for hosting high-end Indian weddings. The UAE, Turkey, and Bali are also (attracting attention),” said Jain.

Thailand, however, appears to be losing steam among Indian lovebirds, observed Jain, who shared that the destination is now hosting just 375 to 400 weddings compared to 1,000 weddings annually before.

Malaysia, no stranger to lavish Indian destination weddings, is looking to take a bigger slice of the pie.

Musa Yusof, deputy director general, promotion, Tourism Malaysia, told TTG Asia: “Indian weddings is one of the niche markets we are focused on. Our priority has been on making Malaysian wedding products ready for the Indians. We participate in wedding shows in India and work closely with Indian wedding planners.”

Musa emphasised that Malaysia is an increasingly exciting option for Indian couples, considering the expanded range of hotels ready for such celebrations.

“There are many hotels in Malaysia that are keen to tap the potential vested in the Indian destination wedding market,” he added.

Some of the destinations Tourism Malaysia is eager to highlight for Indian destination weddings include Kuala Lumpur, Port Dickson, Sabah, Langkawi and Selangor.

-TTG Asia.

Thursday, 5 October 2023

Malaysia Showcases Its Rich Eco-Heritage And Sustainable Tourism At IFTM-Top Resa Paris

 


PARIS, 4 October 2023 – Tourism Malaysia aims to promote Malaysia’s rich ecological heritage through nature, culture and adventure at France’s leading international travel and tourism trade fair, IFTM-Top Resa 2023.

Together with Tourism Malaysia, a delegation of eight (😎 esteemed Malaysian co-exhibitors graces the Tourism Malaysia stand. These partners include Asian Trails Malaysia, Bamboo Adventure, Berjaya Hotels and Resorts, Destination Explore, Malai Adventure, Malaysia Airlines, Solidarity Association for Travel & Tours Agency Malaysia (SAFTTA) and Pro-Eco Adventures.

Since the opening of the travel borders last year, the French market in Malaysia has recovered tremendously and the number of arrivals is expected to increase further this year.

From January to May 2023, Malaysia welcomed 7.5 million international tourist arrivals. As for arrival from Europe, France is the 5th largest market from the region, with 41,955 arrivals in the same period in 2022, a significant growth of 480.5%.

In line with Malaysia's national tourism policy, which prioritises ecotourism as one of the key growth segments, Tourism Malaysia targets 16.1 million international tourist arrivals in 2023, with projected tourism receipts of MYR 49.3 billion (€10 billion).

"We aim to showcase Malaysia as the ultimate global ecotourism hotspot and the world's most recognisable and must-visit ecotourism destination. Malaysia’s breathtaking natural wonders and sustainable heritage and traditions promise travellers an extraordinary journey into the heart of our beautiful country," said Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar, Director General of Tourism Malaysia.

Malaysia is home to four designated UNESCO World Heritage Sites, of which the majestic triple crown sites Kinabalu Park and Gunung Mulu National Park showcase the splendour of pristine biodiversity. Langkawi Island and Kinabalu Park are recognised as UNESCO Global Geoparks, while the historic cities of Georgetown and Melaka unfold the captivating narratives of Malaysia's cultural diversity and heritage. UNESCO admiration is also extended to Malaysia's rich mosaic of intangible cultural heritage, which includes Mak Yong, Dondang Sayang, Silat, Pantun and Songket, all recognised as valuable components of the Intangible Cultural Heritage of Humanity.

On development, key lifestyle and full-service hotel brands such as Park Hyatt Kuala Lumpur at Merdeka 118, The Waldorf Astoria and The Conrad are scheduled to open in Kuala Lumpur between 2024 and 2025. Other hotel openings include the Hilton Burau Bay in Langkawi and the Intercontinental Resort in Penang.

The harmonious blend of breathtaking nature, modern metropolises and rich cultural heritage makes Malaysia one of the world's leading destinations for an unforgettable visit. As travellers worldwide seek eco-conscious options, Malaysia stands ready to offer eco-heritage experiences like no other.

-Tourism Malaysia.