Jabatan
Kebudayaan & Keseniaan Negara Negeri Perlis dengan kerjasama Kementerian
Pelancongan, Seni Dan Budaya Malaysia dan Kerajaan Negeri Perlis akan
menganjurkan Pesta Angin Timur Perlis 2021 @ Online pada 4 & 5 Jun
2021 (Jumaat & Sabtu). Acara ini akan dirasmikan oleh YB Menteri
Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan, Dato'
Sri Hajjah Nancy Shukri bersama YAB Menteri Besar Perlis, Dato' Seri Azlan Man
pada 4 Jun 2021. Pada kali ini, acara PAT Perlis 2021 @ Online akan berlangsung
secara maya kerana situasi pandemik Covid 19 yang melanda dunia ketika ini.
Objektif
penganjuran acara ini adalah untuk mempromosikan Negeri Perlis dalam sektor
pelancongan budaya dan menyemarakkan aktiviti kebudayaan tempatan. Selain itu,
ia sebahagian dari usaha menjadikan Perlis sebagai sebuah negeri yang masih
utuh dengan keseniaan tradisional dan tarikan pelancong.
Semua
dipelawa untuk mewar-warkan acara ini kepada khalayak dengan melayari laman
Facebook: pesta angin timur perlis dan JKKN TV. Mohon untuk like, view dan share bagi
meningkatkan jumlah penonton.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.