Malah, tidak perlu lagi risau tentang pertukaran mata wang kerana semuanya boleh dibayar dengan Ringgit Malaysia sama ada untuk sewa kereta atau beli tiket bas.

Kelebihan itu memudahkan ‘kaki travel’ atau ‘backpacker’ untuk melancong atau mengembara tanpa perlu membeli pakej yang telah ditetapkan jadualnya.
Sutra.my adalah sebuah laman web yang membenarkan seseorang membuat tempahan dan perincian percutian sendiri tanpa terikat dengan jadual perjalanan seperti yang ditetapkan dalam pakej percutian.

Justeru, percutian kini menjadi lebih mudah kerana menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Sutra, Datuk Syed Razif Al-Yahya, laman Sutra.my boleh menghimpun semua elemen percutian seperti hotel, tiket bas, kapal terbang dan kereta api serta tiket masuk ke tempat-tempat menarik.

“Teknologi semakin canggih. Justeru kita perlu memanfaatkan kemajuan teknologi untuk memudahkan pengembaraan atau urusan kerja di luar negara. Jadi, kita tidak boleh ketinggalan.

“Kemudahan sekarang tidak seperti dahulu, malah semakin ramai generasi sekarang melayari portal pengembaraan sebelum membuat keputusan.
“Jika dahulu, kita terpaksa rujuk pelbagai risalah pakej percutian dan membuat panggilan telefon untuk menempah hotel. Sekarang, tempahan dibuat menerusi laman web hotel dan pengangkutan tertentu.

“Tetapi , Sutra.my menyediakan semua sekali, daripada semurah-murah tempat penginapan sehinggalah tiket pengangkutan kelas pertama sama ada keretapi, kapal terbang ataupun bas ekspres,” katanya ketika ditemui S2.

Melangkah jauh lebih ke hadapan, beliau berkata, laman Sutra.my boleh diakses dengan mudah menerusi telefon pintar dan beliau kini sedang merancang untuk menyediakan satu aplikasi mudah pada masa akan datang.

Tambah beliau lagi, perkhidmatan laman tersebut akan terus dinaik taraf seiring dengan perkembangan teknologi yang membolehkan pengguna bebas membuat tempahan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Kita menyedari, masih ada pengguna yang berharap pada kempen seperti ekspo ataupun pameran pakej percutian untuk pergi bercuti. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak dapat hadir kerana tinggal jauh.

“Justeru, itulah fungsi Sutra.my. Kita tak mahu sesiapapun ketinggalan dalam membuat keputusan untuk mengembara atau bercuti. Pengguna tidak perlu berharap pada promosi bermusim kerana Sutra.my sentiasa membandingkan harga hotel, tiket kapal terbang dan sebagainya dari semasa ke semasa.

“Jadi, kalau tinggal di Johor Bahru atau Kelantan yang jauh untuk datang ke Matta Fair di Kuala Lumpur hari ini, bolehlah layari www.sutra.my. Kita boleh berbincang bersama keluarga untuk merancang destinasi makan angin nanti,” ujarnya.

Sutra.my merupakan portal pertama di Malaysia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan bagi perjalanan di dalam dan luar negara setaraf laman antarabangsa merangkumi:
* Tiket kapal terbang
* Pencarian hotel
* Tiket bas ekspres bagi perjalanan dalam negara-negara Eropah
* Tiket masuk ke tempat-tempat menarik
* Pencarian perkhidmatan sewa kereta
* Carpooling
Laman web: www.sutra.my