Tuesday 20 September 2016

MATTA FAIR PENANG 2016 @ Strait Quay Convention Centre, Penang ( 23 ~ 25 September 2016 )

GEORGETOWN, 21 September 2016 – Penganjuran “Matta Fair Penang 2016” buat pertama kalinya akan diadakan di Strait Quay Convention Centre, Georgetown, Penang pada 23 September sehingga 25 September 2016. Kebiasaanya sebelum ini, penganjuran Matta Fair Penang diadakan di Penang International Sport Arena (PISA).

Setelah hampir tiga tahun penganjuran Matta Fair Penang ini ditangguhkan oleh Matta Penang Chapter, penganjuran semula Matta Fair Penang 2016 diharap dapat meningkatkan lagi kedatangan pelancong ke Malaysia dan Negeri Pulau Pinang amnya seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara. Tourism Malaysia Pulau Pinang sentiasa memberi sokongan kepada Matta Penang Chapter dan juga pengusaha pelancongan bagi mengeratkan hubungan kerjasama antara satu sama lain.

Matta Fair Penang 2016 telah membuka peluang kepada semua agensi di seluruh Malaysia. Sebanyak 118 booth telah dibuka dan disertai dari pelbagai agensi pelancongan, pengusaha hotel dan resort dan pengusaha produk pelancongan. Pameran ini bertujuan untuk memudahkan semua lapisan masyarakat membeli terus pakej-pakej pelancongan dalam negara dengan harga yang kompetitif dan berpatutan disamping mewujudkan budaya melancong dalam negeri secara terancang.

Sementara itu, Tourism Malaysia Pulau Pinang telah menjemput 5 peserta untuk sama-sama menyertai pameran Matta Fair Penang 2016 dibawah payung Tourism Malaysia Pulau Pinang.

Pelbagai pakej pelancongan domestik yang menarik dan unik telah ditawarkan pada pameran tiga hari tersebut dengan harga yang berpatutan. Tourism Malaysia Pulau Pinang telah mensasarkan jualan sebanyak RM100,000.00 yang bakal dihasilkan oleh 5 peserta dibawah payung Tourism Malaysia. Tourism Malaysia Pulau Pinang juga mensasarkan peningkatan sebanyak 30% jumlah pengunjung dari tahun-tahun sebelumnya.
-Tourism Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.