Thursday 11 February 2016

Tourism Info Challenge 2016 - Dekat Je ( 5 Mac 2016 )

Tourism Malaysia Kelantan akan menganjurkan program ‘Tourism Info Challenge 2016 – Dekat Je’ pada 5 Mac 2016 (Sabtu). 

Program adalah berkonsepkan ’treasure hunt’ berkumpulan yang merangkumi pencarian maklumat berkaitan pelancongan disekitar kawasan bandar Kota Bharu, dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat awam berkenaan aktiviti dan maklumat pelancongan di Kota Bharu bersempena dengan sambutan Tahun Melawat Kelantan 2016 yang bertemakan ‘Menyusuri Warisan’.

Setiap kumpulan adalah terdiri daripada tiga (3) orang peserta dan yuran penyertaan bagi setiap kumpulan adalah RM60.00 sahaja. Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang bernilai keseluruhan RM 1,600.00 tunai. Setiap peserta akan diberikan T-Shirt program dan sijil penyertaan. Pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik turut menanti anda.

Pihak kami di Tourism Malaysia Kelantan telah melantik syarikat SR Outdoor sebagai perunding acara bagi menjalankan program ini. Borang penyertaan boleh didapati di SR Outdoor Gear Centre, Kompleks Mara Negeri, Kota Bharu atau di premis ’Deuter Be Genuine’, Jalan Tok Hakim, Kota Bharu. Borang penyertaan hendaklah diserahkan kepada SR Outdoor beserta bayaran yuran penyertaan sebanyak RM60.00. Pertanyaan lanjut boleh berhubung terus sebagaimana nombor tertera pada poster diatas.

Penyertaan adalah terhad untuk 150 orang peserta (50 kumpulan) sahaja! Cepat sebelum terlambat!
-Tourism Malaysia Kelantan facebook.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.