Thursday, February 25, 2016

Hari Kraf Kebangsaan 2016 @ Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay ( 24 Februari - 6 Mac 2016 )


Kuala Lumpur, 25 Febuari 2016 - Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia hari ini mengadakan Majlis Perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2016 kali ke- 14 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Majlis disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri Malaysia.
Hadir sama ialah Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Sambutan Hari Kraf Kebangsaan diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada usahawan kraf tempatan di atas usaha serta komitmen mereka dalam membangun dah mengembangkan industri kraf dan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.
Hari Kraf Kebangsaan 2016 kali ke-14 bermula 24 Febuari hingga 6 Mac 2016 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.
-MOTAC facebook.

No comments:

Post a Comment