Monday 17 June 2019

Majlis Rumah Terbuka Malaysia AIDILFITRI 2019 @ Muzium Diraja, Kuala Lumpur ( 21 & 22 Jun 2019 )


Semua orang awam dijemput hadir bagi memeriahkan lagi Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Aidilfitri 2019 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan yang bakal diadakan pada:

Tarikh: 21 & 22 Jun 2019 (Jumaat & Sabtu)

Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Muzium Diraja, Jalan Istana, Kuala Lumpur

Selain daripada pelbagai jamuan makanan budaya rakyat Malaysia, majlis ini akan dimeriahkan lagi dengan aktiviti seperti:
* Gotong royong memasak (Komuniti dan pelancong);
* Demonstrasi memasak secara interaktif;
* Menikmati jamuan raya bersama pemimpin;
* Persembahan kebudayaan; dan
* Persembahan artis popular tempatan

Majlis Perasmian akan bermula pada jam 2.30 hingga 4.00 petang pada 22 Jun 2019 yang akan dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Jom meramaikan!

-MOTAC.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.