Thursday, 26 October 2017

Johor jadi pilihan program MM2H


TEE SIEW KIONG (kiri) beramah mesra dengan ahli Persatuan Agensi Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dalam majlis minum petang di Hotel Amari, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 24 Okt. – Lebih 14,000 daripada 34,531 peserta program Malaysia Rumah Kedua­ku (MM2H) memilih Johor berbanding negeri lain sebagai destinasi pilihan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, peserta program tersebut datang daripada 127 negara.

Beliau berkata, peserta program tersebut dianggarkan telah berbelanja sebanyak RM13.8 bilion sejak program itu diperke­nalkan lebih 10 tahun lalu. 

“Johor terus menjadi destinasi pilihan untuk peserta yang mengikuti program tersebut berdasarkan beberapa faktor, an­taranya lokasi, akses kesihatan serta infrastruktur yang dimiliki negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Jamuan Petang MM2H 2017 di Hotel Amari, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia/Afrika) Kementerian Pelancongan, Datuk Musa Haji dan Penolong Pengarah Kanan Pusat Malaysia Rumah Keduaku, Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail Aljaffree. 

Siew Kiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang berkata, pihak­nya akan terus bekerjasama dengan kerajaan Pusat dalam menarik lebih ramai peserta untuk mengikuti program tersebut, khususnya di negeri ini. 


Antara negara yang menca­tatkan penyertaan tertinggi menerusi program tersebut adalah China, Jepun, Bangladesh, Uni­ted Kingdom dan Iran.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment