Beliau berkata penerbangan itu merupakan antara pemangkin penting dalam usaha Melaka menarik lebih ramai pelancong melalui laluan udara dan sasaran 16.5 juta pelancong tahun ini.
"Sektor pelancongan menunjukkan perkembangan positif setiap tahun yang merekodkan kehadiran 15.7 juta pelancong tahun 2015 iaitu meningkat sebanyak 4.7 peratus dengan 15 juta pelancong berbanding tahun sebelumnya.
"Justeru, promosi pelancongan akan diteruskan sama ada di dalam mahupun luar negara bagi merealisasikan hasrat untuk mencapai bilangan 16.5 juta pelancong," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan taat setianya pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena Sambutan Hari Lahir Ke-78 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.
-BERNAMA/utusan.