Monday, 25 December 2017

Waterfront Bagan Datuk (WBD) ubah wajah Bagan Datuk


BAGAN DATUK 24 Dis. - Sejak beroperasi dua bulan lalu, Waterfront Bagan Datuk (WBD) kini menjadi destinasi tumpuan pelancong dari luar dan dalam daerah ini lebih-lebih lagi pada hari cuti umum.

Kewujudan WBD juga telah mengubah wajah Bagan Datuk yang dahulunya sinonim de­ngan gelaran ‘pekan koboi’ kepada lokasi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas.

Terletak di pinggir Sungai Pe­rak iaitu kira-kira 21 batu nautika dari perairan Selat Melaka, WBD merupakan projek pertama yang dibangunkan sejak Bagan Datuk diisytiharkan sebagai daerah baharu atau yang ke-12 di negeri ini.

Rata-rata orang ramai me­ngunjungi kawasan tersebut dengan tujuan untuk bersantai atau berkelah sambil menyedut udara bersih serta menyaksikan pemandangan indah sejurus sebelum matahari terbenam.

Paling istimewa, tiada baya­ran dikenakan kepada pengunjung sepanjang WBD dibuka selama 24 jam setiap hari.

WBD yang diuruskan oleh Pejabat Daerah Bagan Datuk menawarkan pelbagai kemudahan asas seperti gelanggang kasut roda, lapangan permainan la­yang-layang, tempat meman­cing serta laluan aktiviti berbasikal untuk kanak-kanak.

Pengunjung juga boleh membeli-belah di gerai-gerai yang menjual beraneka kuih tradisio­nal, minuman seperti air kelapa muda serta cenderahati.

Selain itu, gerai Dataran Amanjaya di WBD menyediakan hidangan istimewa iaitu masakan berasaskan udang galah serta pelbagai jenis makanan serta minuman yang dijual dengan harga berpatutan kepada orang ramai yang ingin menjamu selera.

Seorang pengunjung dari Sungai Sumun, Hamzah Shahsuddin, 53, berkata, berdasarkan pemerhatiannya, Bagan Datuk mengalami perubahan pesat sejak dua tahun lalu.

“Dahulu, orang ramai tidak berapa berminat untuk datang ke Bagan Datuk kerana terletak di hujung negeri dan pekannya mati tetapi sekarang ia sudah menjadi sebutan orang ramai.

“Harapan saya pada masa akan datang adalah pekan Bagan Datuk menjadi bertambah baik serta dikekalkan suasananya yang indah dan bersih,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Sementara itu, seorang anak jati Bagan Datuk, B. Gurramah, 53, menjelaskan, dia sekeluarga terpesona melihat keindahan WBD setelah sekian lama berpindah ke Sitiawan selepas berumah tangga.

“Saya seperti tidak percaya apabila melihat Bagan Datuk semakin berubah dan berharap ia akan menjadi lokasi pelancongan terkemuka suatu hari nanti,” katanya yang pulang ke Bagan Datuk untuk menziarahi saudaranya.

Seorang lagi penduduk tempatan, Soon Cheng Leong, 45, berkata, Bagan Datuk yang merupakan lokasi sesuai untuk memancing udang galah turut mempunyai kemudahan seperti perkhidmatan bot bagi membawa pengunjung ke kawasan pelancongan di Pulau Sembilan.


“Terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk kerana berjaya membawa perubahan demi kesejahte­ra­an hidup penduduk berbilang kaum di sini,” ujarnya.
-utusan online.

Christmas - Malaysia Open House Celebration @ Bandar Hilir Melaka ( 27 December 2017 )

-Tourism Malaysia.

Friday, 22 December 2017

Taman Tema Air Fantasia lanjut waktu operasi


ALOR SETAR 21 Dis. – Sempena sambutan tahun baharu, Taman Tema Air Fantasia yang terletak di Tasik Darul Aman, Jitra bakal melanjutkan waktu operasinya bagi membolehkan para pengunjung merasai pengalaman menyeronokkan pada waktu malam.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff berkata, lanjutan waktu operasi itu bagi menghargai sambutan amat memberangsangkan pengunjung sejak taman tema air tersebut dibuka kepada umum pada 2 November lalu.

“Ketika ini taman tema air itu hanya beroperasi sehingga pukul 6 petang namun bermula 24 Disember sehingga 31 Disember ini, kami akan memanjangkan tempoh operasinya sehingga pukul 9 malam.

“Tambahan kepada itu, para pengunjung turut berpeluang menikmati bufet stimbot sambil dihiburkan dengan persembahan kumpulan muzik secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Taman tema yang mampu memuatkan sehingga 2,000 pengunjung itu dibuka pada pukul 11 pagi pada hari Isnin hingga Khamis dan pada pukul 10 pagi pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.
-utusan online.

Perak Online Holiday Frenzy - Themepark 3 In 1 Combo


ONLINE HOLIDAY FRENZY!!!!!
(THEMEPARK 3 IN 1 COMBO)

With only RM145, customers can now enjoy combinations of these tickets:
Lost World of Tambun Day Ticket + MAPS Entrance Ticket + Orang Utan Island Ticket

You also will stand a chance to get free Farm-Tour & Hi-Tea at Perak Agrotourism Resort on 27 January 2018 for first 100 tickets only!!!
Grab these deal while available!

Contact or visit website at http://destinationperak.travel

**Terms and Condition apply
-DestinationPerak.

20 Precent Toll Rebate For Christmas


PLUS Malaysia Berhad (PLUS) is offering 20 percent toll rebate for PLUSMiles cardholders on 25 December in conjunction with Christmas. It is part of an effort to reward PLUS customers for their continuous support and at the same time, celebrate the holiday.

Meanwhile, Touch 'n Go cardholders will be able enjoy a 10 percent toll rebate when they pay toll on 25 December.

"The 20 percent toll rebate for transactions via PLUSMiles cards is aimed at rewarding PLUSMiles loyal customers for their support. The 10 percent toll rebate, on the other hand, is given for electronic toll transactions via normal Touch 'n Go card," said PLUS Chief Operating Officer, Zakaria Ahmad Zabidi.

Both rebates are offered to Class 1 highway users travelling more than 100 kilometres on all PLUS-operated highways. They can be enjoyed all day on 25 December.

On 25 December, highway users are still required to pay toll in full. The 20 percent and 10 percent toll rebates (in a form of toll reloads) can be reloaded into their cards when they top-up their cards at all PLUS customer service centres from 15 January 2018 until 14 April 2018.


The toll rebate, however, does not apply for toll payments at Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang and Penang Bridge Toll Plazas.
-PLUS.

Monday, 18 December 2017

Dream Zone antara tarikan utama MAPS

PARA pengunjung menikmati permainan Megamind Megadrop iaitu menara jatuh tertinggi di Malaysia setinggi 52 meter di Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh, Perak.
- UTUSAN/ SYEFRY MONIZ

IPOH 17 Dis. - Kunjungan anda ke taman tema animasi pertama Asia di Movie Animation Park Studios (MAPS) di sini bakal menyeronokkan apabila tarikan utamanya iaitu Dream Zone dibuka tidak lama lagi.

Dream Zone yang cukup dinanti-nantikan, merupakan zon keria­ngan yang menampilkan watak-watak animasi DreamWorks seperti Megamind, The Croods, Casper the Friendly Ghost dan Mr. Peabody & Sherman.

Baru-baru ini, buat pertama kalinya, media diberikan peluang secara eksklusif untuk melihat serta merasai tarikan di situ yang siap sepenuhnya.

Antara yang istimewa ialah permainan Megamind Megadrop iaitu ‘menara jatuh’ tertinggi di Malaysia setinggi 52 meter.

Pengunjung tidak perlu gusar untuk mencubanya kerana semua tarikan permainan di MAPS adalah mengikut standard antarabangsa serta diperakui selamat oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).

Selepas bersuka ria, pengunjung boleh menikmati hidangan enak seperti burger, french fries, kentang wedges dan aiskrim di Metro City Diner.

Keriangan di Metro City lebih terasa apabila anda dihiburkan dengan persembahan pentas MegaMind Rocks Musical di Dream Theatre.

Di sana, anda dapat menyaksikan gandingan watak Megamind dan rakan baiknya, Minion serta wartawan Roxanne Ritchi memperkenalkan pertaruhan muzikal rancak bersama watak antagonis, Tighten dalam konsert penuh warna-warni.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menaiki mesin masa dalam Mr. Peabody and Sherman's Time Adventure selain menyelusuri laluan Mr. Peabody and Sherman's Sculpture Walk.

Kunjungan anda di Dream Zone tidak lengkap sekiranya anda tidak menaiki roller coaster yang membawa anda kembali ke zaman lampau dalam The Croods Crazy Chase.

Selain itu, sekiranya anda peminat watak animasi hantu mesra Casper, anda boleh membantunya dengan menembak seberapa banyak lembaga hijau yang muncul dalam Casper's Birthday Blast! Glide.

Keriangan di Dream Zone juga dapat diabadikan dengan pembelian cenderamata eksklusif watak-watak animasi DreamWorks di Dream Store.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, MAPS telah menerima hampir 300,000 pengunjung sejak dibuka pada Jun lalu.

“Secara keseluruhannya, sebanyak sejuta pelancong disasarkan untuk mengunjungi MAPS bagi tahun pertama operasinya.


“Kita yakin MAPS akan dapat membantu menarik serta mening­katkan kunjungan pelancong ke negeri Perak, bukan sahaja bagi jangka pendek tetapi juga untuk tempoh masa akan datang,” katanya.
-utusan online.
http://www.mapsperak.com/

Sunday, 17 December 2017

Mixed airline performance across different regions

IATA has adjusted forecasts for airline performance globally

A new IATA report has revealed adjusted forecasts for airline performance across different regions, such as in Europe, where airlines are benefiting from economic recovery among other factors.

Passenger markets in Asia-Pacific show mixed results, with key factors affecting profitability including continuing new entry in South-east Asia, which has kept profits in the sub-region low; strengthening domestic conditions in China, India and Japan; and a pause in the competitive pressures on longhaul connecting markets from the super-connectors.

Airlines in the region are forecast to see profits of US$8.3 billion this year, close to IATA’s June forecast, before growing to US$9 billion in 2018.

Meanwhile, challenges in the Middle East have seen IATA downgrading its 2017 forecast to net profits of US$300 million. IATA estimates the region’s airlines will see a moderate improvement to US$600 million in net profits next year.

Low oil revenues and regional conflict have damaged home markets in the past year or so, while travel restrictions by some governments and competition from new super-connectors restricted growth on international markets. As a result, airlines in the region have scaled back their pace of expansion and business model changes have led to substantial write-offs in the region.

On the contrary in Europe, airlines have benefited from strong economic recovery in home markets, a rebound from terrorism events the previous year, and some consolidation following the failure of some regional airlines. IATA forecasts for the year were upgraded to US$9.8 billion from the June forecast of US$8.6 billion. IATA forecasts further gains going into 2018 leading to net profits of US$11.5 billion and stronger operating margins.

As a result, passenger load factors at 84.3 per cent so far this year are the highest in the industry, which helps both reduce unit costs and support unit revenues. The recovery of the Russian economy in the East of the regions has also helped, while the important North Atlantic market in the West continues to help support profitability, though this market is now attracting increasing new entry – as is expected in an Open Skies market.

Turning to Latin America, airlines are forecast to generate US$700 billion in net profit this year, with further gains in operating margins expected to bring 2018 net profits to US$900 million. Stronger market conditions come from moderate recovery in the Brazilian economy, growth in Mexico and the weak US dollar over the past year. Moreover, airlines have expanded at a significantly slower pace than traffic, leading to much improved utilisation and load factors.


And in Africa, aggregate net losses of US$100 million are expected this year. 
While improved economic growth are expected for next year, IATA said continued poor load factors will mean that airlines in the region will lose a further US$100 million in 2018.
-TTG Asia.

Mekanisme baru gantikan Imams

Mas Ermieyati

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Satu kaedah baru bagi menangani masalah penipuan jemaah umrah akan diperkenalkan berikutan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams) dibatalkan serta-merta hari ini.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, antara perkara utama yang akan diambil kira ialah kaedah tersebut mesti cekap selain memastikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) boleh dikecualikan bagi mengelakkan jemaah umrah terbeban dengan peningkatan kos.

“Kita alu-alukan cadangan untuk penambahbaikan bagi memastikan kes jemaah umrah ditipu dapat ditangani.

“Cadangan-cadangan yang disuarakan ini kemudian akan dibawa ke Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) untuk kita jalankan kajian pasaran terlebih dahulu agar kaedah yang diambil tidak menjadikan rakyat terbeban,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Rashidi Hasbullah.
Sistem Imams yang dilancarkan semalam dibatalkan hari ini setelah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak berikutan bakal berlaku pe­ningkatan kos umrah.

Menurut Mas Ermieyati, beliau juga akan memastikan hanya mereka yang beragama Islam terlibat dalam pe­ngendalian sebarang urusan berkaitan umrah selepas ini.

“Saya akan memastikan 100 peratus umat Islam sahaja yang boleh mengendalikan perkara-perkara berkaitan ibadah umrah ini.

“Syarikat pengendali Imams sebelum ini Ketua Pegawai Operasinya bukan Islam dan dia telah meletakkan jawatan namun hal ini tidak juga selesaikan masalah jadi kita ambil keputusan untuk batalkan Imams setelah mendengar pandangan semua pihak,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya telah me­ngenalpasti mereka yang terlibat dalam sindiket penjualan visa yang menyebabkan ramai jemaah tertipu.

“Saya beri amaran mereka-mereka ini tidak akan terlepas dan saya tahu siapa mereka.


“Tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang terlibat dalam penjualan visa ini,” katanya.
-utusan online.