Friday 22 December 2017

Taman Tema Air Fantasia lanjut waktu operasi


ALOR SETAR 21 Dis. – Sempena sambutan tahun baharu, Taman Tema Air Fantasia yang terletak di Tasik Darul Aman, Jitra bakal melanjutkan waktu operasinya bagi membolehkan para pengunjung merasai pengalaman menyeronokkan pada waktu malam.

Pengarah Urusan Kumpulan Bina Darulaman Berhad (BDB), Datuk Izham Yusoff berkata, lanjutan waktu operasi itu bagi menghargai sambutan amat memberangsangkan pengunjung sejak taman tema air tersebut dibuka kepada umum pada 2 November lalu.

“Ketika ini taman tema air itu hanya beroperasi sehingga pukul 6 petang namun bermula 24 Disember sehingga 31 Disember ini, kami akan memanjangkan tempoh operasinya sehingga pukul 9 malam.

“Tambahan kepada itu, para pengunjung turut berpeluang menikmati bufet stimbot sambil dihiburkan dengan persembahan kumpulan muzik secara langsung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Taman tema yang mampu memuatkan sehingga 2,000 pengunjung itu dibuka pada pukul 11 pagi pada hari Isnin hingga Khamis dan pada pukul 10 pagi pada hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.