Sunday 29 October 2017

1,000 dijangka sertai Warriors Challenge @ N9

MOHAMAD HASAN (tengah) dan Sazali Ismail (empat dari kiri) bergambar bersama ahli PVATM dalam Majlis Pelancaran Warriors Challenge @ N9 di Seremban hari ini. - UTUSAN ONLINE/IZZUL AHMAD

SEREMBAN 28 Okt. - Seramai 1,000 peserta dijangka menyertai acara larian ala tentera, Warriors Challenge @ N9 yang bakal diadakan di Port Dickson pada Mac tahun depan.

Yang Dipertua Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM), Mejar (B) Datuk Sazali Ismail berkata, acara tersebut melibatkan jarak larian sejauh lapan kilometer yang bakal menguji ketahanan peserta.

"Kita yakin dapat mengumpulkan 1,000 peserta bagi acara tersebut. Kita juga akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan mewarna dan gerai jualan semasa pertandingan itu," katanya dalam Majlis Pelancaran Warriors Challenge @ N9 di sini hari ini.

Pelancaran acara tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan negeri, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar.

Pada majlis itu, Mohamad turut menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Tabung Pahlawan.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.