Saturday 5 August 2017

Hotel on The Park berwajah baharu


HIASAN bagi bilik Quads menampilkan gaya hidup ringkas tetapi menarik.
- UTUSAN ONLINE/ROY AZIS ABD. AZIZ 



GENTING HIGHLANDS 4 Ogos - Resorts World Genting (RWG) bersedia menerima lebih ramai pengunjung yang akan menginap menerusi pelancaran ‘wajah baharu’ Hotel on the Park di sini yang mula beroperasi sejak Julai lalu.

Naib Presiden Kanan Operasi Hotel RWG, Datuk Edward Holloway berkata, ia sebagai langkah persediaan pihaknya untuk memberi keselesaan kepada pengunjung selepas taman tema baharu Twentieth Century Fox World yang dijangka dilancar tidak lama lagi.

“Hotel ini dulu dikenali sebagai Hotel Highlands yang merupakan hotel tertua yang dibina di sini sejak tahun 1970.

“Namun, kami mengambil inisiatif mengubahsuai dengan menambah kapasiti serta meningkatkan kemudahan sedia ada untuk keselesaan pelanggan,” katanya ketika ditemui hari ini. 

-utusan online.
https://www.rwgenting.com/accommodation/hotels/Hotel-on-the-Park/

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.