Sunday 5 November 2017

MITA Travel Fair bakal tarik 75,000 pengunjung


Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis berkata, usaha ini dilihat sebagai langkah mempromosikan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mengeluarkan produk tempatan sehingga dapat dikomersialkan sebagai produk global bagi menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara.

“Untuk tahun ketiga ini, kita akan mempromosikan produk keluaran tempatan. Kira-kira 1,000 gerai dibuka kepada semua pemain industri yang mengeluarkan produk tempatan. Antara segmen gerai yang disediakan adalah festival makanan, pakej skuba, agro pelancongan, festival golf, eko-pelancongan, selain kami menjemput 200 ejen pelancongan dari luar negara termasuk negara Eropah, China dan Amerika Syarikat,” katanya kepada S2.

Menurutnya, berbanding tahun 2016, MITA Travel Fair hanya menawarkan 150 gerai pameran dengan mencatatkan jumlah kehadiran seramai 1.6 juta pengunjung. Manakala, pada 2017 pula, sebanyak 650 gerai dibuka dengan catatan jualan mencecah RM14 juta.

“Pada tahun ini, kita pamerkan 1,200 gerai pameran dan jualan yang boleh disewa pada harga RM2,000 seunit kepada syarikat pelancongan serta usahawan kraftangan dan inap desa yang terpilih.

Uzaidi menjelaskan, sejak dia mengambil alih pucuk pimpinan MITA pada 2016, pelbagai usaha telah dilakukan termasuk berkolaborasi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi tujuan mempromosikan produk tempatan.

“Sejak Julai 2016, saya mula mengambil alih MITA. Sejak itu juga, saya mahu sektor ini terus relevan dengan perkembangan industri pelancongan. Pelbagai usaha dijalankan dan sehingga kini, kami sudah mengumpul 1,700 buah syarikat berdaftar sebagai ahli termasuk usahawan gerai makanan, kedai kraftangan, inap desa, hotel bajet dan syarikat pelancongan,” katanya.

Tambahnya, penglibatan kerjasama dengan pelbagai syarikat pelancongan kini juga semakin rancak dan MITA sentiasa bertindak bagi memastikan produk luar bandar terus dikenali.

“Antara kerjasama yang dilaksanakan adalah menarik pelancong dari China untuk datang ke Malaysia termasuk mempromosi produk luar bandar seperti durian.

“Pihak MITA telah bekerjasama dengan GrabCar dan teksi bagi menyediakan pengangkutan yang selesa kepada pengunjung,”katanya.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.