Wednesday 2 August 2017

Operasi jualan zon bebas cukai di Kenyir bermula

AHMAD Razif bersama isteri meneliti produk coklat yang dipasarkan selepas nenyempurnakan pelancaran operasi jualan di zon bebas cukai, di Pengkalan Gawi di sini hari ini.


HULU TERENGGANU 1 Ogos - Operasi jualan zon bebas cukai Tasik Kenyir fasa pertama bermula hari ini di Pengkalan Gawi yang disempurnakan pelancarannya oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Perkembangan baharu itu dianggap suatu titik tolak dimensi baharu pembangunan pelancongan yang bakal mengubah landskap tasik buatan manusia terbesar di rantau ini.

Ia akan saling lengkap melengkapi dengan tarikan sedia ada  seperti Kenyir Island Hopping (KlH), Santuari Kelah, Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) dbagi menjadikan Tasik Kenyir sebuah destinasi premium dan ‘destinasi wajib lawat’ di negeri ini.

Penjualan yang bermula pada hari ini melibatkan aktiviti  peruncitan yang tidak termasuk barangan berduti tinggi seperti produk petroleum, kenderaan, rokok dan tembakau.

Antara barangan yang akan menjadi tunggak ialah coklat, pinggan mangkuk dan alatan dapur, pewangi dan juga luggage (beg/bagasi).

Pembangunan  fasa pertama bagi zon ini tertumpu di Pengkalan Gawi dan fasa seterusnya di Pulau Bayas bagi menyokong pembangunan akua-eko pelancongan dalam mengukuhkan fungsi Tasik Kenyir sebagai pusat pelancongan bertaraf antarabangsa.

Ahmad Razif berkata, projek itu dijangka bakal beroperasi sepenuhnya penghujung tahun depan termasuk pembangunan di pulau yang turut melibatkan  perhotelan.

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.