Tuesday 14 August 2018

Tahun Melawat Melaka 2019


Kerajaan Negeri Melaka telah bersetuju untuk menganjurkan Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019 bermula 1 Januari 2019 dengan bertemakan Melaka The Gateway To Historic Malaysia 2019/2020.

Berikut adalah Logo Rasmi TMM 2019 untuk perhatian semua. Rasional pemilihan logo ini adalah seperti berikut:

1. Bumbung Rumah Tradisional / Istana Lama Melaka :
Rekabentuk - melambangkan kemegahan & keunikan Negeri Melaka bersejarah.
Kedudukan Teratas - mengekalkan Melaka sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia.
2 Tingkat - sasaran utama pelancong domestik & pelancong asing.

2. Melaka 2019 - Rekaan khas "typeface" khusus untuk Negeri Melaka dan 2019.

3. Tangga Unik Rumah Tradisional Negeri Melaka :
Warna-warna & corak - keharmonian lambang kepelbagaian pengisian kebudayaan & tapak lawatan yang tersedia.
Tangga batu - mengalu-alukan kedatangan pelancong domestik & antarabangsa.
Anak tangga - meningkatkan momentum sektor pelancongan kepada ekonomi Negeri Melaka.


Kerajaan Negeri Melaka juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada pereka logo tersebut iaitu En. Ashaari Mohd Nasir, Creative Director, TUDEA Creative di atas pemilihan logo tersebut sebagai logo rasmi TMM 2019.
-Tourism Melaka.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.