Wednesday 13 February 2019

Pesta Angin Timur 2019 @ Kangar, Perlis ( 1 ~ 3 Mac 2019 )


Kerajaan Negeri Perlis dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) Negeri Perlis akan menganjurkan Pesta Angin Timur 2019 pada 1 ~ 3 Mac 2019, bertempat di bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis, Kangar, Perlis.

Berlatar belakangkan suasana kampung, program ini akan memaparkan keunikan cara hidup masyarakat petani di utara Semenanjung Malaysia yang diterjemahkan melalui aktiviti di dalam bendang.

Pelbagai acara telah diatur bagi memeriahkan lagi program ini termasuklah sukan rakyat, pameran dan jualan produk agensi kerajaan, perkhidmatan dan pameran Pusat Trasformasi Komuniti Bergerak (Mobile CTC), perkhidmatan kaunter bergerak, gerai jualan penjaja, demonstrasi mencanting batik, mengemping padi, pembuatan wau, lukisan potret, pembuatan kuih tradisonal, persembahan Malam Pop Yeh-Yeh, Malam P. Ramlee, Ghazal Party dan banyak lagi.

Butiran bagi penganjuran Pesta Angin Timur 2019 adalah seperti berikut:

Tarikh:           1 ~ 3 Mac 2019 (Jumaat – Ahad)
Masa:             10.30 pagi ~ 12.00 malam
Tempat:         Bersebelahan Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis,
                       Persiaran Wawasan, 01000 Kangar, Perlis.
*Masuk percuma

Semua adalah dijemput untuk hadir bagi bersama-sama memeriahkan lagi program ini.
-Tourism Malaysia Perlis.

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. New web site is looking good. Thanks for the great effort. http://pestadomino.com

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.