Monday 6 December 2010

Belanja makan minum pelancong RM9.29 bilion - Yen Yen

JOHOR BAHRU 5 Dis. - Pelancong tempatan dan antarabangsa membelanjakan RM9.29 bilion untuk makanan dan minuman pada tahun lalu berbanding RM8.77 bilion pada tahun sebelumnya. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, peningkatan enam peratus itu merupakan petunjuk positif kepada industri makanan dan minuman di negara ini. Katanya, ia juga menunjukkan yang penjaja terbabit adalah golongan memberi sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi negara.

"Berdasarkan tinjauan tidak rasmi oleh Persatuan Penjaja Malaysia, terdapat 500,000 penjaja di negara ini dan 80 peratus daripada mereka menjual makanan dan minuman. "Bukan saja bidang itu menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat di negara ini, ia juga memberi pulangan pendapatan sangat baik kepada kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Makanan 1Malaysia - Pesta Makanan Istimewa Penjaja di Taman Sentosa, di sini semalam. Festival selama tiga hari bermula Jumaat lalu menampilkan pelbagai makanan harian rakyat Malaysia daripada tiga kaum utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Yen Yen berkata, melalui program tersebut, kerajaan berharap untuk meningkatkan perniagaan makanan dan minuman sekali gus menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
-Utusan Online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.