Thursday 14 March 2019

AIRMARINE CUP 2019 @ Bukit Jalil National Stadium, Kuala Lumpur ( 20 & 23 March 2019 )


AIRMARINE Malaysia (MALAYSIA) Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat logistik terkemuka telah tampil ke hadapan untuk merancakkan saingan bolasepak membabitkan pasukan kebangsaan dengan memperkenalkan kejohanan Piala AIRMARINE yang akan berlangsung pada 20 dan 23 Mac 2019 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kejohanan edisi sulung ini akan menampilkan Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Oman dan juga Afghanistan yang akan berentap pada kejohanan yang diadakan pada kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangasa (FIFA).

Piala AIRMARINE 2019 akan menjadi platform untuk memberi saingan yang lebih kompetitif buat skuad kebangsaan bagi memanfaatkan kalendar perlawanan antarabangsa FIFA untuk meraih seberapa banyak pendedahan dan juga mata untuk memperbaiki kedudukan di dalam ranking antarabangsa FIFA.

Sejajar dengan pelan hala tuju pembangunan bolasepak selama 12 tahun atau dikenali sebagai F.30 yang diperkenalkan oleh FAM, Piala Airmarine 2019 akan menjadi titik permulaan untuk pelan jangka masa panjang bolasepak negara bagi membawa skuad kebangsaan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Tiket untuk kejohanan ini akan mulai dijual pada 1 Mac 2019 menerusi Proticket Malaysia dengan harga RM45 untuk tempat duduk Grandstand dan RM35 bagi tempat duduk Terbuka. Tiket boleh didapati menerusi atas talian di proticket.com.my dan menerusi talian hotline Proticket 03-7880 7999. 

20 March 2019
Semi-Finals
4:30 pm: Oman vs Afghanistan
8:45 pm: Malaysia vs Singapore

23 March 2019
3rd Place Play-Off
4:30 pm: Loser 1 vs Loser 2
Final
8:45 pm: Winner 1 vs Winner 2

-Proticket Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.