Sunday 1 January 2012

Penggiat industri perlu komited


ZAMBRY Abd. Kadir (tengah) bersama pemenang Anugerah Pelancongan Perak 2011 di Ipoh, semalam.

IPOH 31 Dis. – Semua penggiat industri pelancongan di negeri ini digesa memberikan komitmen tinggi bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri mencapai sasaran lima juta pelancong pada Tahun Melawat Perak (TMP) 2012.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, biarpun Perak mempunyai pelbagai produk pelancongan bertaraf dunia, namun kekurangan dalam mempromosikannya tidak akan membantu perkembangan industri berkenaan. Beliau berkata, kerajaan negeri melihat industri tersebut mempunyai potensi besar dan mahu ia menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

‘‘Perak mempunyai khazanah alam yang tidak ternilai iaitu hutan hujan tropika Royal Belum yang tertua di dunia, melebihi usianya daripada yang ada di Lembangan Amazon. ‘‘Kerajaan negeri menyediakan platform dan kerangkanya sahaja, namun, dalam mempromosi pelancongan di negeri ini, semua penggiat industri perlu berganding sama termasuk pengusaha hotel dan resort kerana kejayaannya terletak di bahu kita semua,” katanya pada Malam Gala Anugerah Pelancongan Negeri Perak 2011 yang diadakan di Royal Perak Golf Club, di sini malam tadi.

Turut hadir, isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman.

Pada majlis tersebut, Zambry turut menyampaikan 18 anugerah pelancongan negeri yang antara lain dimenangi oleh Hotel Syuen, The Banjaran Hotsprings Tambun, Lost World of Tambun, Homestay Kampung Beng Lenggong dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

-Utusan Online.

www.peraktourism.com

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.