Friday 9 November 2018

Festival Seni Hidup @ MATIC Kuala Lumpur ( 9 ~ 11 November 2018 )

Dianjurkan buat julung kali oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia dan PUSAKA, Festival Seni Hidup meraikan seni warisan budaya Malaysia dan serantau.

Festival ini menampilkan 4 warisan budaya dunia yang diiktiraf oleh UNESCO -- Mak Yong (Malaysia), Tari Klasik Khmer (Cambodia), Tari Saman (Aceh, Indonesia), dan Nyanyian Ca Tru (Vietnam).

Terdapat juga pameran istimewa lukisan titik Australia dan demonstrasi oleh Seniman Aborigin, Otto Jungarrayi Sims.

Aktiviti lain termasuk pelbagai warisan budaya Malaysia seperti Bangsawan, Awang Batil, Isun Isun, Muzik Tradisional Cina, Dhol, Seni Orang Mah Meri, Joget Gamelan, Wayang Kulit, Dikir Barat, Tari Inai, Muzik Asli & Dondang Sayang, Jikey, Tarik Selampit, Seniman Orang Temuan Shak Koyok, serta permainan tradisional dan hidangan makanan warisan.

Selain daripada persembahan, aktiviti bengkel, bual bicara, dan demonstrasi akan diadakan juga.

SEMUA DIJEMPUT HADIR!
-Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.