Saturday 15 April 2017

Dua mercu tanda projek RoL dibuka hari ini

PAYUNG gergasi di Masjid Jamek Kuala Lumpur seakan-akan payung gergasi hidraulik di Masjid Nabawi, Madinah hasil daripada projek River of Life (RoL). - UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR 15 April - Dua mercu tanda baharu di ibu negara menerusi projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) fasa pertama dibuka kepada umum bermula hari ini.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, dua lokasi tersebut adalah di kawasan Count Down Clock dan Masjid Jamek.

Menurutnya, projek pengindahan sungai yang dilancarkan pada 2011 bakal menjadi lokasi baru tarikan pelancong serta warga kota.

“Reka bentuk moden dalam pembinaan Count Down Clock ini pastinya memberikan inspirasi kepada peminat seni binaan dengan dilengkapi pancuran air yang cantik dan paparan masa menjelang detik menyambut tahun 2020.

“Selain itu, lokasi ini dihiasi dengan tanaman landskap yang indah dan kerja-kerja pengindahan dilengkapi pelbagai kemudahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan menyifatkan dua lokasi itu bakal menjadi kawasan rekreasi baru untuk beristirahat bersama keluarga dan rakan-rakan.
Malah beliau berkata, para pengunjung juga boleh melihat pengindahan sungai yang dibuat dengan lebih dekat.


“Dengan penambahan ruang ini, pastinya memberi keselesaan kepada para jemaah yang bersolat di masjid ini.

“Tambahan pula, masjid ini menerapkan aspek pemulihan dan pemeliharaan bangunan warisan istimewa dalam sejarah negara kerana lahirnya Bandaraya Kuala Lumpur adalah bermula dengan pertemuan Sungai Gombak dan Sungai Klang,” jelasnya.

Beliau menambah, kolam air pancutan akan dibina kelak bagi menambah pengindahan di kawasan masjid tersebut.


“Dengan adanya dua ikon ini ia sekali gus bakal menjadi mercu tanda baharu kepada ibu kota serta daya tarikan pelancong seterusnya mengangkat Kuala Lumpur setanding bandar raya bertaraf antarabangsa,” ujarnya. 

-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.