Tuesday 12 January 2016

Teater Bikers Kental @ Istana Budaya Kuala Lumpur ( 23 - 31 Januari 2016 )


Perjalanan pulang dari tempat kerja telah membawa perubahan untuk Bidin al Zaifar, seorang pekerja di sebuah bengkel motor berkuasa tinggi apabila terjumpa sejumlah besar wang yang ditinggalkan dalam sebuah kereta, tapi tidak diketahui Bidin bahawa tindakannya mengambil wang tersebut diintip oleh penjahat yang bernama Al Buqerk yang mahukan wang yang sama.

Bidin telah membeli sebuah motor berkuasa tinggi hasil wang tersebut dengan adanya motor tersebut, Bidin sudah boleh ikut ”trip riding“ dengan rakan-rakan bikers yang diketuai oleh Eddie ke Thailand. Dalam perjalanan ke Thailand mereka telah singgah makan di sebuah kedai makanan siam. Di sana Bidin telah terpikat dengan seorang gadis tukang masak yang bernama Saiya Sukaporn. Akibat cinta pada pandangan pertama, Bidin berusaha untuk mengenali dengan lebih rapat gadis Siam itu tanpa menyedari bahawa dia telah diperangkap oleh satu sindiket yang menggunakan gadis Siam tempatan untuk mengumpan tiap bikers yang datang untuk meraih simpati dengan mengaut keuntungan supaya membayar sejumlah wang untuk melepaskan mangsa dari genggaman sindiket yang mereka hutang. Mereka dipaksa berkerja di sebuah kelab malam I take care U dance club. Kelab ini kepunyaan kepala samseng yang bernama Kuntatmeliwat.

Maka terjebaklah Bidin al Zaifar dalam perangkap gadis Siam idamannya. Eddie yang merangkap abang angkat Bidin juga sanggup mendapatkan sejumlah wang dengan memajak motornya sendiri demi persahabatan rakan bikers. Segala kegiatan ini juga telah lama menjadi intipan oleh pihak polis Interpol yang bertekad untuk memerangkap tiap ahli kumpulan. Pasukan polis Interpol ini diketuai oleh Nora Zain.

Kegiatan ini terbongkar setelah Bidin tertangkap Saiya bercengkerama bersama bikers lain. Kini baru Bidin sedar bahawa dia dipermainkan oleh Saiya unyuk mengaut wang darinya,tapi belum sempat Bidin melepaskan kesedihan, Albuqerk sudah menahannya dari melaporkan kegiatan ini pada sesiapa. Bidin dipaksa Albuqerk ikut kembali ke kelab.rakan bikers.

Eddie dan rakan bikers sampai di kelab untuk mencari Bidin,tapi ditahan oleh Kuntatmeliwat yang mengatakan bahawa Bidin sekarang memang dalam tahanannya cuma hanya akan dilepaskan kalau Bidin membayar kembali jumlah wang yang dicurinya dari kereta tempohari dan selagi Bidin gagal membayar hutangnya dia akan bekerja di kelab itu hingga cukup nilai hutang. Eddie yang cuba bertindak menghalang, telah dikepung anggota samseng bersenjata, Muncul Nora Zain dan kelab di ambush oleh pasukan S.W.A.T.

Apakah kesudahan Bidin dan Eddie?

Pelakon
Zizan Razak, Awie, Saiya Sukaphon, Ameerul Affendi, Nadia Brian

Get your tickets from:
1. Online at www.AirAsiaRedtix.com
2. Rock Corner outlets:The Gardens, Mid Valley (TEL: 03 - 2201 4893)
KLCC (TEL: 03 - 2181 5560)
Subang Parade (TEL: 03 - 5613 1139)
The Curve (TEL: 03 - 7733 1139)
3. Victoria Music outlets:Sg Wang(TEL: 03 - 2148 7208)
Amcorp (TEL: 03 - 7956 0592)
Tropicana (TEL: 03 - 7722 2955)
4. Penang outlets:Artist Gallery, Gurney Plaza
Artist Gallery, Queensbay Mall
5. Tune StoreLow Yat Plaza

-AirAsia RedTix.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.