Tuesday 26 January 2016

Konsert Ella 2016 @ Stadium Malawati Shah Alam ( 16 April 2016 )


Setelah hampir 10 tahun tanpa konsert berskala besar, Ratu Rock Negara Ella akan kembali menemui peminat-peminatnya di Stadium Malawati, Shah Alam pada 16 April 2016, Sabtu jam 8.30 malam. Atas dasar keprihatinan Ella terhadap gejala dadah yang semakin berleluasa, RM 2 dari setiap penjualan tiket akan disalurkan ke Tabung PEMADAM Selangor agar lebih banyak program-program anti dadah dapat dijalankan pada masa hadapan. Konsert yang bertemakan anti dadah ini akan menyaksikan kelainan dimana semua penonton-penonton yang bakal hadir akan diminta untuk mengenakan pakaian bewarna putih kerana putih melambangkan kesucian umpama kelahiran semula bekas-bekas penagih dadah.
Ella telah berada di persada muzik negara dan antarabangsa hampir 30 tahun dan masih sebagai pemegang rekod untuk jualan album terlaris artis wanita Malaysia. Keunikan dan aura yang dimiliki Ella mampu menarik perhatian peminat-peminatnya bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di Singapura, Indonesia dan Brunei tak kira agama, bangsa dan umur. Untuk Konsert Ella 2016, Ella akan menyampaikan lagu-lagu hitsnya dari era 80-an sehingga hari ini. Antara lagu-lagu tersebut adalah Dua Insan Bercinta, Baldu Biru, Kesal, Istimewah dan lain-lain. Selaku penyanyi rasmi lagu tema Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur, Ella pastinya akan membawakan lagu Standing In The Eyes Of The World untuk yang hadir pada malam itu. Ella juga akan diiringi oleh persembahan visual yang unik dan vaganza yang pasti memukau para penonton. Persembahan visual menarik ini menjadikan Ella artis antara pertama di Malaysia bersama idea hebat ini.
After nearly 10 years without a large-scale concert, Queen of Rock Ella is back to meet her fans at Stadium Malawati , Shah Alam on the 16th April 2016, Saturday at 8.30 pm. Due to her concern about drugs problem among the youth, Ella will be donating RM 2 from every ticket sold to anti-drugs agency of Selangor, PEMADAM Selangor so that more anti-drug programs can be organize in the future. The theme of Konsert Ella 2016 is anti-drugs and audiences are advice to wear white because white color symbolizes purity and rebirth of former drug addicts.
Ella had been in the national and international music scene for almost 30 years and still holds the record for Malaysia’s best-selling album for female artist. The uniqueness and the aura that belongs to Ella able to attract the attention of fans not only in Malaysia but also in Singapore , Indonesia and Brunei regardless of religion, race and age. During Konsert Ella 2016, the Queen of Rock will perform her hits songs from the 90’s until today such as Dua Insan Bercinta, Baldu Biru, Kesal, Istimewah and others. As an official singer for the theme song of the Commonwealth Games 1998 in Kuala Lumpur, Standing In The Eyes Of The World, Ella will definitely sing this hit song of hers. Ella's performance will be accompanied by a stunning and unique visual display which will be one of the first in Malaysia that will definitely awe the audience.

-www.ticketpro.com.my

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.