Friday 21 September 2012

Tourism Malaysia edar 1,000 naskhah Utusan Malaysia hari ini



Roslan Othman (tiga kiri) menerima naskhah Utusan Malaysia daripada Eksekutif Jualan Utusan Mohd. Abdul Latiff Yaacob sebagai simbolik penajaan 1,000 naskhah akhbar itu untuk program 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2012', semalam.

ALOR SETAR 20 Sept. - Bagi memeriahkan program 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2012', Tourism Malaysia hari ini menaja sebanyak 1,000 naskhah Utusan Malaysiauntuk diedarkan kepada peserta-peserta program itu esok.

Pengarah Tourism Kedah, Roslan Othman berkata, program itu yang merupakan kerjasama antara Tourism Malaysia Kedah, Menara Alor Setar serta Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), bertujuan untuk menghidupkan suasana malam terutama di pusat bandar. "Pihak kami menganggarkan kira-kira 700 hingga 1,000 peserta akan menyertai acara ini yang pertama kali diadakan di sini.

"Tiada had umur peserta kerana ia merupakan program berbentuk keluarga yang memerlukan peserta mengayuh basikal sejauh 15 kilometer mengelilingi bandar Alor Setar dan yuran sebanyak RM10 dikenakan kepada peserta dewasa manakala RM5 untuk kanak-kanak," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, 'Alor Setar Saturday Nite Ride 2012' merupakan acara susulan peringkat negeri sempena Kayuhan Sihat 1Malaysia yang dirasmikan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen pada April lalu. Katanya, pakej pelancongan berbasikal yang diperkenalkan itu akan dijadikan acara bulanan pada setiap hari Jumaat minggu ketiga.

"Peserta juga tidak terhad kepada satu laluan, ia akan berubah setiap kali acara berlangsung. "Acara ini turut dibuka kepada pelancong yang menginap di hotel di sekitar bandar raya ini dan mereka boleh menyewa basikal dengan harga berpatutan yang disediakan Kelab Sukan dan Rekreasi MBAS," ujarnya.

Tambah beliau, pelbagai acara seperti pertandingan kopi tarik ranggi, persembahan pancaragam dan lain-lain lagi akan diadakan di pekarangan Menara Alor Setar, tempat peserta memulakan kayuhan bagi memeriahkan suasana. "Pihak kami juga menyediakan cabutan bertuah dan hadiah untuk peserta yang memakai pakaian beragam terbaik dan hadiah untuk basikal tercantik," jelasnya.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.