Sunday 24 February 2013

Promosi inap desa diperhebatkan

RAUB 24 Feb. - Kementerian Pelancongan akan memperhebatkan lagi promosi pelancongan inap desa bagi menarik lebih ramai pelancong asing melawat ke negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen berkata, selain pelancong tempatan, produk pelancongan itu kini semakin mendapat tempat dan terkenal di kalangan pelancong asing dari Singapura, Australia, Jepun, Korea Selatan, China, Eropah dan Amerika Syarikat.

Menurutnya, hasil kajian yang dijalankan mendapati pelancong terbabit lebih gemar menginap di inap desa kerana mendapat gambaran sebenar dengan lebih dekat mengenai budaya dan cara hidup rakyat berbilang kaum.

"Sejak dilancar pada 2005, pelancong yang menginap di inap desa berjumlah 32,000 orang dan kini meningkat kepada 255,000 pelancong pada 2011.

"Berdasarkan statistik itu, jumlah pelancong yang menggunakan perkhidmatan itu boleh ditingkatkan lagi tetapi pada masa sama jumlah kediaman juga perlu ditambah,'' katanya. Beliau berkata demikain kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Riang-Ria Tahun Baharu Cina di Dataran Raub di sini malam tadi.
-utusan online.
www.go2homestay.com

1 comment:

  1. www.homestaymelaka14.blogspot.com Melaka Homestay di Taman Bertam Setia Kawasan Bandar di melaka yang selesa, bersih, strategik dengan harga berpatutan. Mempunyai 2 buah rumah bersebelahan. Penginapan yang mudah dicari kerana terletak di tepi highway. Sesuai untuk keluarga dan rombongan ( 20 orang untuk 2 buah rumah

    ReplyDelete

Note: only a member of this blog may post a comment.