Thursday 28 February 2013

Karnival Kempen Promosi "Visit Malaysia Year 2014" (2~3 Mac 2013)



Aktiviti-aktiviti menarik yang akan dilaksanakan sepanjang Karnival ini adalah:

(a) Tourism Fair dengan penglibatan lebih daripada 30 pengusaha pelancongan yang terdiri daripada syarikat penerbangan seperti Firefly, agensi pelancongan, hotel dan pemilik-pemilik tarikan pelancongan serta taman tema dengan sokongan daripada Malaysia Association of Hotels (MAH), Malaysia Budget Hotel Association (MBHA), MATTA dan lain-lain.

(b) Pameran Program dan Acara Visit Malaysia Year 2014

(c) Pameran Pembangunan Industri Pelancongan seperti Program Homestay, 1Malaysia Green and Clean, Voluntourism, Spa/Caddy, Institut Latihan Pelancongan, Centre of Excellence untuk Program Spa, Projek-Projek Pembangunan Pelancongan di Pulau Pinang.

(d) Gerai-gerai Fabulous Food 1Malaysia

(e) Persembahan daripada artis-artis tempatan dan artis jemputan istimewa iaitu Jimmy Palikat yang sangat popular dengan lagu Anak Kampung.

(f)  Persembahan kebudayaan

(g)Perkhidmatan sosial seperti pemeriksaan kesihatan dan kempen tabung derma darah.

(h)Tarian Cuti-Cuti 1Malaysia yang merupakan senamrobik berasaskan kepelbagaian kebudayaan masyarakat Malaysia.

(i)   Pameran produk tempatan seperti Jeruk Buah Pala, Kopi, Biskut Tambun daripada beberapa jenama tempatan yang terkenal.

-Tourism Malaysia pejabat Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.