Friday 20 December 2019

Sambutan Di 21 Pintu-pintu Masuk Utama Sempena Visit Malaysia 2020

imej: Tourism Malaysia

17 Disember 2019: Satu mesyuarat penyelarasan sambutan di 21 pintu-pintu masuk utama sempena Visit Malaysia 2020 telah diadakan di Putrajaya.

Taklimat mengenai sambutan tersebut telah disampaikan oleh Dato’ Dr. Ammar Abd Ghapar, Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2020 kepada wakil-wakil dari Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam, PDRM, Malaysia Airports Holdings, MAQIS, AOC, Istana Budaya, Kraftangan Malaysia, Pejabat-pejabat MOTAC Negeri, Pejabat Wilayah & Penyelian TIC Tourism Malaysia dan Bahagian-bahagian Tourism Malaysia.

Sambutan di pintu-pintu masuk utama diadakan pada 1 Januari 2020 akan diketuai oleh Menteri Pelancongan, Seni & Budaya; Ketua Menteri; Ahli Parlimen; ADUN; Exco Pelancongan; dan disertai oleh pegawai-pegawai dari kerajaan negeri, MOTAC, Tourism Malaysia dan Jabatan-jabatan yang berkenaan.

Persembahan kesenian dan kebudayaan juga dipertunjukan oleh Istana Budaya, JKKN serta badan-badan kesenian dan kebudayaan dari negeri-negeri.

Dato’ Dr. Ammar telah meminta kerjasama semua pihak dalam memastikan acara sambutan di 21 pintu-pintu masuk utama sempena Visit Malaysia 2020 berjalan lancar. Beliau juga menyarankan supaya rakyat Malaysia bersama-sama menjayakan Visit Malaysia 2020.

Selain Visit Malaysia 2020, rakyat Malaysia dan semua pihak juga disarankan bersama mempromosikan kempen-kempen pelancongan lain yang diadakan pada tahun 2020 seperti berikut:-

-  Visit Johor Year 2020
-  Visit Sepang Year 2020
-  Experience Penang Year 2020
-  Visit Kelantan Year 2020
-  Malaysia Year of Healthcare Travel 2020
-->
-Pelancongan Kini.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.