Sunday 15 July 2018

Putrajaya positif pelancong antarabangsa meningkat tahun ini

HASIM ISMAIL (tiga dari kiri) memberi penerangan berkenaan model Perbandaran Putrajaya ketika menerima kunjungan peserta Travelogue Escape 2.0 @Putrajaya di Pejabat Perbadanan Putrajaya hari ini. - UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA 14 Julai- Kemasukan pelancong antarabangsa ke wilayah ini dijangka meningkat pada tahun ini hasil daripada usaha dan promosi yang digerakkan oleh pelbagai agensi terbabit.

Presiden Perdana Putrajaya, Datuk Seri Hasim Ismail berkata, walaupun jumlah kehadiran pelancong asing ke Putrajaya menurun pada tahun lalu pihaknya yakin dapat menarik lebih ramai pelancong melalui promosi yang sedang diperhebatkan.

“Jumlah pelancong yang melawat Putrajaya pada tahun 2016 adalah sebanyak 8.9 juta manakala pada tahun lalu menurun kepada 6.7 juta orang.

“Usaha mempromosi sedang giat dilakukan termasuk melalui saluran media sosial yang didapati berkesan untuk tujuan itu.

“Usaha ini bagaimanapun tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak termasuk masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar program Travelogue Escapa 2.0 @Putrajaya di sini hari ini.

Program anjuran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Majalah Santai Travel itu melibatkan 43 pengamal media dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Jepun, Perancis, Taiwan, Filipina dan Indonesia.


Terdahulu, peserta diberi peluang melawat beberapa tempat menarik di Putrajaya seperti Cruise Tasik Putrajaya, Taman Wetland, Taman Ekuestrian dan Skyrides and Skywarrior Putrajaya.
-utusan online.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.