Sunday 16 September 2018

Tahun 2020 diisytihar Tahun Melawat Johor

CAI Tung (tengah), Kok Liang (empat dari kiri) dan Kathryn Lee (tiga dari kanan) merakam kenangan bersama-sama para pemenang selepas majlis penyerahan hadiah Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Ramada Meridin Hotel, Iskandar Puteri, Johor, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

ISKANDAR PUTERI 15 Sept. - Kerajaan negeri akan mengumumkan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Johor seiring Johor akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, pengumuman tersebut akan dilakukan serentak dengan pelancaran Sukma.

"Persiapan sedang kita lakukan ketika ini. Sempena Tahun Melawat Johor kita menambah baik destinasi pelancongan dan menjenamakan semula produk-produk pelancongan.

"Kita mempunyai 10 daerah di Johor yang mempunyai pelbagai keunikan dan keistimewaan tersendiri untuk ditawarkan sebagai destinasi pelancongan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penyerahan hadiah Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) di Ramada Meridin Hotel, di sini sebentar tadi.


Yang turut hadir Presiden MATTA, Datuk Tan Kok Liang dan Pengerusi MATTA Johor, Kathryn Lee.
-utusan online.
http://tourism.johor.my/

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.